Monday, September 12, 2016

Salam aidil adha

Salam aidil adha buat semua umat Islam tak kira di mana anda berada. Selamat menjalani ibadab korban dan selamat menunaikan ibadah haji dan umrah. Semoga kita terus diberi keberkatan dalam hidup, di rahmati dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.



Saturday, September 10, 2016

Tambah Pahala di Bulan Dzulhijjah

Jom tingkatkan pahala yang dah sedia ada untuk bekalan di sana. Semoga amalan kita diberkati dan dirahmati olehNya.


September 2016

Salam semua pembaca yang dirahmati Allah swt.

Adalah dimaklumkan promo sepanjang September kini sedang berlangsung sehingga 30 September 2016. Bagi mereka yang ingin mendapatkan semua barangan promo ini, jangan segan silu hubungi Mama ye.

Selamat berhujung minggu dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.



Wednesday, August 10, 2016

Beranak Dalam Kereta, Depan Pintu Pagar Hospital

Hahaha..mesti mummy, ibu, mama, omma, mak , umi dan macam-macam lagi panggilan bagi insan yang bergelar ibu kan punyai pengalaman masing-masing semasa bertarung nyawa untuk mengeluarkan si kecil comel anda. Mama pun sama. Cuma hari ini Mama Aisyah nak kongsikan pengalaman biras Mama yang pengalaman bersalinnya mungkin agak berbeza dari kita semua.

Macam Aisyah Mama keluar spot darah sikit je masa mandi. Terus siap nak pergi kerja tapi bila kenangkan doktor cakap jika rasa benda pelik je terus pergi hospital. So , decided takpergi kerja terus saja ke hospital. Sampai je kat labor room, nurse check dah 3cm. So, bermulalah detik contraction masa itu sehinggalah Aisyah selamat dilahirkan pukul 12.10 tgh hari, jumaat, 9 November 2012. Sakit tak lama dan amat dipermudahkan olehNya. Alhmadulillah.

Yang biras Mama ni pulak, dah pecah air ketuban pukul 12 lebih, masih lagi boleh tidur kat bilik sebab ingatkan tak ada apa-apa. Yelah ingat apa sebenarnya sebab kandungan masa itu baru 7 bulan, 31 minggu. So, memang tak jangka la akan melahirkan anak dan dan tu jugak. Haha. Bila contraction dan makin kerap, memang terasa sakit lah, kebetulan kawan-kawan serumah masih ada (sebab dah nak balik raya, cuti sekolah) dia pergi kejut kawan serumah dia bangun. Sorang pun tak sedar sebab keduanya tidur lambat. Dah tak boleh tahan sangat, dia melutut depan bilik dan jerit. Baru kawan dia bangun.

Keluar bilik dah kenapa melutut ni. Bergegas semua bersiap terus ke hospital. Nak ke klinik kesihatan yang dekat rumah, memang taklah sebab kelengkapan tak ada sangat di Tatau, Bintulu. Decided ke Hospital Bintulu terus. Dalam 40 minit jugak tatau - bintulu. Nak di jadikan cerita banyak pulak lori malam tu, maka makin lambatlah nak sampai ke hospital. Jarang-jarang driving pagi-pagi buta kat jalan gelap itu, apa lgi , sekuat-kuatnya pasang ayat Al-Quran dalam kereta. Semoga selamat perjalanannya.

Sampai je di pintu pagar hospital dia terasa nak menaran, bila pegang kat bawah, katanya terasa keras. Terus kawan dia yang berada di kerusi hadapan melompat ke belakang nak tolong untuk sambut bayi. Sorang jadi driver, sorang jadi bidan terjun. Keduanya masih bujang dan Mama rasa memnag pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sekali teran terus bayi keluar. Ambik masa 5 minit juga nak sampai ke tempat Emergency. Sampai-sampai nurse potong tali pusat bayi depan-depan tuh jugak. Haih pengalaman sungguh. Kita yang dengar cerita nak tergelak pun ada, cuma Alhamdulillah semua dipermudahkan.

Baby pun dah 41 hari hari ini. Mak dan anak selamat, alhamdulillah. Lahir pra-matang jadi anak dan mak terpaksa di tahan di wad untuk pemantauan. 29 hari di wad. Dan alhamdulillah dah keluar wad minggu lepas dan dah balik semenanjung pun 3 ogos lepas. Lahir lebih kurang seminggu sebelum raya, terpaksalah maknya beraya di Sarawak, jadi anak Sarawak la baby.  Ayahnya yang bekerja kat Jepun pun terbang balik bersama-sama isteri dan anak tersayang beraya di hospital Tatau.

Itu jelah ceritanya. Saja mama nak share kat sini. Kepada Izzi Aqlan, Tysya doakan membesar menjadi anak yang soleh, taat kepada Mama dan Abah, berjaya di dunia dan akhirat dan hidup sentiasa dirahmati.



Wednesday, May 11, 2016

Ku Berlari

Tetiba rajin nak update template blog hubby. Lupa pulak nak snap pic yang lama. By the way, silalah singgah jemput baca blog suamiku yang dah bersarang. Ni dah cantik sikit rupanya. Harap-harap rajin la mengupdate. Yang pentingnya mesti ada merah-merah. Sebab warna merah favourite color Mama Aisyah.

Happy readings you all.

Nantikan latest update dari beliau.

Sunday, May 08, 2016

Selamat Hari Ibu

Kepada semua ibu gojes di luar sana, selamat hari ibu. Walau apa pun  pekerjaan anda, sememangnya anda adalah seorang ibu yang awesome. Ha gitew. Tak semua mampu menggalas amanah Allah denga baik, namun kita dah berusaha sedaya upaya ke arah itu. Mengimpikan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Sihat walafiat dan dirahmatiNya selalu hendaknya.

Kagum dengan kekuatan dan ketabahan ibu-ibu yang menanggung keperitan dek menjaga anak-anak yang sakit, anak-anak istimewa yang memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih, ibu tunggal bersama-sama anak-anak yang masih kecil. Macam-macam ragam dan pengalaman yang boleh kita ambik iktibar dan pengajaran daripada kisah-kisah di seluruh dunia. 

Kepada Puan Zaitong binti Awang, terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami semua. Semestinya penat lelah dan segala nasihat, ajaran yang telah diterapkan kepada kami 7 beradik sejak dari kecil tidak akan kami lupakan. Semoga Ma terus diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dipermudahkan untuk menjalankan ibadah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. We love you Ma. Maaf kalau ada terguris atau terkasar bahasa.

Selamat Hari Ibu.

Friday, May 06, 2016

9 Resepi ESP yang perlu anda buat!!!

Di sini Mama nak kongsikan 9 resepi yang anda boleh buat untuk seisi keluarga anda. Resepi yang Mama pasti amat sedap dan menyelerakan. Sekali buat mesti nak buat lagi. Dah bosan untuk minum ESP kosong je kan, apa kata tukar selera dengan menu yang lain pula.









Nak tengok resepi lama, boleh klik sini.

So, apa tunggu lagi kan, bulan puasa dah dekat, jom kita ambil peluang ini untuk dapatkan ESP yang sedap dan berkhasiat ini.

Love,
Mama Aisyah

 
z35W7z4v9z8w