Puasa dan Gastrik

July 29, 2013

Alhamdulillah, sekarang kita sudah berada di 10 malam terakhir bulan yang penuh barakah ini dan rasanya belum terlambat lagi nak bagi tips untuk orang yang gastrik. Huh... Jangan jadikan gastik penghalang untuk anda melaksanakan kewajipan sebagai hambaNya di muka bumi ini. Gandakan amal jariah untuk mendapatkan redhaNya dan menambahkan ketaqwaan kepadanya. Sungguh bertuah kita ini, setiap amal yang dilakukan digandakan pahala. Inilah ramadhan, bulan untuk mengabadikan diri kepadaNya.

 Jom kita tengok tips mengelakkan gastrik di bulan Ramadhan 

  1. Sahur amat penting. Selain amalan sunat, sahur amat penting untuk membuatkan kita cergas sepanjang hari
  2. Melambatkan bersahur iaitu menjelang imsak
  3. Jangan tidur sejurus selepas bersahur. Ini juga akan menyebabkan sebu hulu hati. Biarkan dalam setengah jam 
  4. Masa berbuka, jangan makan terlampau banyak. Tahulah puasa sepanjang hari, makan berpada pada untuk mengelakkan sebu hulu hati
  5. Jangan makan sebelum tidur. Elakkan dari perut penuh semasa tidur kerana memberi beban untuk usus yang sepatutnya berehat masa tidur, bukannya bekerja nak hadam semua yang korang makan ok.
 Selain itu, bolehlah tingkatkan kecergasan anda dengan mengambil supplement berikut;
Jangan lupa amalkan ye.

Salam Ramadhan 
-Mama Aiysah-

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook