Ramadhan Al Mubarak

July 14, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum 

Salam Ramadhan Al Mubarak buat seluruh ummat Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah..syukur kepadanya kerana telah dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan kali ini. Amat berbeza sekali....kan..tahun nie ramadhan bersama- sama dengan permata hati Nur Aisyah Radhiah binti Khairul Ariffin. Aisyah genap 8 bulan sehari sebelum ramadhan menjelma.

Yang bestnya..mama ngan abah bangun sahur..dia pun sibuk nak sahur jugak...nasib baik behave jer duk dalam walker..buka puasa pun sama. Mama sibuk kat dapur dia pun sibuk nak masak juga. Hmm... Ada gaya besar nanti rajin masuk dapur nie.. Hikhik...bagus anak mama nie. Tahun ni jugak first time berpuasa bersama shaklee..sebelum ni, lupa bulan syaaban ke rejab..pernah tak bangun sahur..memang menggigil badan nak tunggu sampai berbuka.

Almaklumlah si kecik masih lagi menyusu badan. Daripada situ, memang nekad bangun sahur dan bangun pagi memang tidak sah tanpa ESP + MEALSHAKE . Memang terbukti memberi tenaga sampai ke petang. Alhamdulillah.syukur sangat dipertemukan dengan Shaklee. Badan sihat bertenaga sepanjang hari. Semoga berterusan sampai ke penghujungnya.

Lagi satu, tahun nie bertukar angin, daripada kira gaji orang sampai memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan seterusnya bersama dengan keluarga tersayang di Bintulu. Rasa tidak lengkap untuk berjauhan dengan suami. Kesian Aisyah. Mama redha sayang. Insya Allah rezeki ada di mana-mana. Semoga Tuhan sentiasa merahmati dan mengurniakan rezeki buat kami sekeluarga. 



Love


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook