CUT INCH dengan CINCH SHAKE SHAKLEE

September 16, 2013


Sekadar berkongsi pengalaman kami suami  isteri setelah menggunakan Cinch Shake Shaklee Chocolate selama seminggu lebih ini memang rasai perubahannya. Buat pengetahuan semua, kami tidaklah membuat ukur lilit pinggang ke, pinggul ke peha sebagai ukuran, benchmark kami cumalah nak turunkan saiz jeans daripada 38 ke 36 dan 30 ke 27. :D..( Buang beberapa inci di tempat yang terlebih inci. Haha..) 

Percaya atau tidak, belum sampai seminggu encik suami cakap..”owh, memang boleh rasa la kesan minum Cinch ni. Kalau dulu pakai coverall ketat dekat perut, sekarang dah longgar sikit”. Apa lagi senyum lebar la si isteri ni. Alhamdulillah. Nanti nak kena order lagi sebab dah nak habis satu canister. Ha ha ha...Almaklumlah, menu wajib di pagi hari CINCH + LOW FAT MILK @ CINCH + ESP + MEAL SHAKE.  Sedap sehingga menjilat gelas. Satu lagi, memang rasa kenyang jer.

Kenapa? Sebabnya ialah apabila diambil bersama dengan ESP yang merupakan protin untuk membina otot untuk menaikkan metabolism dan juga membakar kalori. Selain itu, makanan yang kaya dengan protin ini juga dapat menahan lapar dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan.

Cinch Shake ini juga diperkaya dengan LEUCINE yang merupakan salah satu dalam komponen asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan hanya boleh didapati melalui makanan yang tinggi protin seperti ayam, telur dan daging. Untuk mengurangkan berat badan ini, leucine hanya mengurangkan lemak-lemak di badan anda dan seterusnya memelihara otot. Maknanya, badan anda tidak akan menggeleber setelah berjaya kurus. Menarik tak?

Cinch Chocolate Shake Mix + Low Fat Milk
Apa lagi, jom cabar diri anda untuk CUT INCH bersama kami.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook