Tips Kurangkan Berat Badan

September 17, 2013

10 tips yang dapat dikongsikan untuk amalan seharian anda.


1.Minum Teh Hijau
Pilihlah teh hijau untuk hidangan minuman di pagi hari. Teh hijau ini dapat membakar sehimngga 70 kalori seharian dan dapat meningkatkan metabolism. Tapi INGAT..Jangan tambah GULA. Teh hijau O jer, ok..:D

2.Makan Buah Segar
Antara jus buah dan buah segar. Pilihla buah buahan yang segar untuk di makan. Selain memiliki banyak serat, buah-buahan ini juga amat membantu untuk proses pencernaan.

3.Mengurangkan makanan manis/manisan
Untuk membakar kalori lebih banyak tidak bererti sama sekali tidak makan makanan penutup seperti dessert. Langkah-langkah kecil seperti meghindar krim coklat topping sangat membantu anda.

4.Pilihlah Minum Air Kosong daripada Minuman Ringan
Gantilah minuman ringan dengan air kosong dapat mengurangkan banyak kalori sehari-hari. Jika masih menginginkan air yang manis, pilihlah minuman soda yang rendah kalori ataupun air kelapa yang tinggi akan vitamin dan mineral.

5.Tingkatkan Pengambilan Protein
Ingatlah bahawa, protein yang tinggi dapat membantu menurunkan berat badan. Protein memerlukan prosedur kompleks untuk diubah menjadi tenaga dan juga dapat membuat anda merasa kenyang.

6.Kurangkan minyak semasa memasak
Gunakanlah minyak yang sedikit semasa memasak ataupun anda boleh beralih kepada minyak goreng sihat seperti minyak zaitun yang memberikan kurang kalori dan lebih tinggi lemak omega 3 nya.

7.Makan lebih sayuran
Sila makan sayuran yang baik untuk sistem pencernaan badan anda seperti brokoli dan sayuran hijau yang lain yang tinggi kandungan seratnya.

8.Pilihlah piring yang kecil semasa makan
Ini hanyalah sebagai signal kepada minda kita untuk makan sedikit berbanding pinggan yang besar dan boleh membuatkan kita untuk mengambil makanan dengan lebih banyak

9.Lebih Memilih Makan di Rumah
Kita cenderung untuk mendapatkan lebih banyak kalori saat makan di luar. Ketika Anda makan di rumah, Anda dapat mengawal persiapan masakan dan juga kuantiti makanan yang dimakan.

10.Baca label makanan
Tengoklah jumlah keseluruhan kalori apabila membaca label makanan. Ini dapat membantu untuk mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan seharian dan seterusnya mengurang berat badan anda.


Selamat Mencuba

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook