Adakah anda berisiko kanser payudara?

October 21, 2013

Anda seorang wanita? Komfem kita adalah berisiko menghidap kanser payudara. Tapi dengan skala yang lebih rendah berbanding dengan yang lain. Fuish..Namun harus diingat anda perlulah sentiasa membuat pemeriksaan berkala sekiranya anda tergolong dalam kategori yang berisiko tinggi dan sederhana. Ingatlah bahawa mencegah lebih baik dari mengubati. :D

Faktor Risiko Yang Tinggi  

  1. Umur; umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara. Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.  
  2. Sejarah keluarga - terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara  merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.  
  3. Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin
  4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif  
  5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan
    kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun
Faktor Risiko Sederhana  
  1. Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa yang pendek.  
  2. Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia yang lanjut, memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini. Adalah dipercayai disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.  
  3. Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi  
  4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.  
  5. Alkohol; terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.

Faktor Risiko Lain Yang Lebih Ringan  


Diet yang tinggi lemak juga mempunyai hubungkait dengan risiko kanser payudara. Kaitan ini telah dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser payudara yang menyerang masyarakat yang mengamalkan diet yang berbeza. Walau bagaimanapun, masih tiada satu bukti yang kukuh untuk menyokong teori ini dan kajian masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara ini.  



(sumber : http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/knk/kesihatan/)

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook