Al-fatihah

October 17, 2013

Pagi ini dikejutkan dengan berita pemergian rakan sekelas masa di SESMA dulu. Allahyarhamah Wan Azlina binti Wan Abdullah. Beliau menghidap kanser payudara dan telah pulang ke rahmatullah pukul 3 pagi tadi. Masa scroll fb baca sahabat sahabat, beliau di diagnos kanser semasa hamil anak kedua setaun yang lalu dah terpaksa melahirkan anak semasa kandungan seusia 34 minggu untuk membolehkannya manjalani rawatan. Tak sempat nak pergi melawat arwah semasa sakit. Tapi alhamdulillah mama yakin dia dikelilingi oleh ramai orang yang menyayanginya. Kami semua batch 99 SESMA pun amat prihatin terhadap apa yang berlaku kepada sahabat semua. Syukur. Walaupun tak sempat nak menziarah setelah mendapat tahu beliau kritikal semalam , namun, doa sahajalah mampu ku kirimkan buatmu. Insya Allah semoga tenang dan damai di sana. Semoga suami dan 2 anak perempuan yang comel2 redha dan tabah mengharunginya. Marilah sama-sama kita sedekahkan al fatihah dan yasin buat Allahyarhamah.



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook