12 bulan

November 10, 2013

Alhamdulillah genap setahun puteri sulung kami. Permata hati abah dan mama yang amat kami sayangi. Semoga menjadi anak yang solehah dan dirahmati di dunia dan akhirat. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru semalam mama masuk labour room. Ahaks..boleh gitu..

Alhmdulillah juga Aisyah cukup senang semasa melahirkannya. 2 jam rasanya tak begitu lama berbanding dengan sahabat sahabatku yang lain yang sakit berjam jam untuk melahirkan khalifah di muka bumi Allah ini. Namun dengan hanya mendengar tangisan pertama cukup mengembirakan kami berdua. Tak sempat nak pegang aisyah sejurus selepas melahirkan sebab Dr kata bayi hampir lemas, jadi perlu dimasukkan oksigen. 2 jam selepas itu baru boleh pegang dan suamiku mengazan dan iqamat. Syahdu sungguh.

Meniarap, merangkak dan akhirnya berjalan. Segalanya berlaku dengan pantas sekali. Belum 11 bulan dah jalan. Wah..good job Aisyah. Akhir kata, Happy birthday my little princess. Mama dan abah love u so much. Hugs..






You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook