Anda Hamil? Wajib baca tau :D

December 15, 2013

Saat Urine Pregnancy Test ada 2 jalur merah mesti membuat para isteri berbunga-bunga. Yeay!!!! Alhamdulillah, rezeki Allah. InsyaAllah akan menjadikan aku seorang wanita yang sempurna apabila selamat melahirkan seorang lagi khalifah di dunia ini. Amin. :D. Mesti teruja kan. Macam Mama Aisyah dulu la. Ingat lagi..Pagi-pagi buta pukul 5 pagi kalau tak salah, buat UPT..sekali positif, terus la mms suami yang pada waktu itu shift malam. Kompom la tak tdo lagi. Haha..kalau kat rumah buat sujud syukur dah gamaknya. Tapi kat opis.. so, senyum, jerlah mengadap 2,3 monitor depan dia tuh. Haha.. Kenangan lebih kurang 2 tahun lepas. 

Bila dah komfem hamil. Apa lagi terus dikhabarkan kepada kedua-dua belah bakal atuk dan nenek. Seperti yang dijangka, panjang berjela jela la list. Apa yang kena buat..apa yang tak boleh buat kan. Almaklumlah dulu pernah sekali buat dnc. Jadi, kali ini kena lebih berhati-hati. 

Ha, salah satunya kenalah amalkan baca Al Quran terutamanya surah Maryam, surah Luqman dan surah Yusof. InsyaAllah perjalanan kita akan menjadi senang dan tenang. Selain itu, petua orang tua-tua.. minum soya, susu, makan tomato. Ikutlah jugak. Kadang-kadang ada yang termiss. Nak buat cammana. Mama Aisyah ni kan sekadar manusia biasa.

Namun begitu, ada sedikit perkongsian yang Mama baca mengenai wanita hamil dan omega 3. Memang berkait rapat. Jangan endahkan sebab omega 3 amat membantu untuk perkembangan otak dan kognitif bayi. Ada kajian menunjukkan bahawa para ibu yang hamil mengealami kekurangan omega 3 semasa proses kehamilan kerana asid lemak omega 3 ini digunakan oleh bayi untuk perkembangan otaknya. Selain itu juga, pengambilan asid lemak omega 3 yang tingg juga boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi kelak.

Asid lemak omega 3 juga boleh mengelakkan kelahiran pra matang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan juga boleh meningkatkan berat bayi. Amat membantu juga untuk mengelakkan kemurungan semasa proses kehamilan dan selepas bersalin.

Dengan itu, para wanita hamil sekalian, tidak kiralah anak pertama atau seterusnya, jagalah pemakanan seharian untuk kesihatan ibu dan bayi. Makanan yang kita makan akan mempengaruhi perkembangan bayi anda.

Enjoy.

Bestnya perasaan semasa hamil. Memang sukar nak digambarkan. :D. Macam biasa, jaga diri, jaga makan, ingatlah orang yang tersayang.

Love
-Mama Aisyah-

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook