Sakitnya Bengkak Susu

January 14, 2014

Arggghhhhh sakitnya bila bengkak susu. Tuhan saja yang mengetahuinya. Para ibu di luar sana Mama percaya ramai yang pernah mengalami bengkak susu sekurang kurangnya sekali selepas melahirkan dan sepanjang proses penyusuan. Betul tak?


Apa yang nak dikongsikan, pada Mama, terjadi buat kali kedua. Masa 3 bulan pertama menyusu Aisyah pernah terjadi sekali dan berukang balik rasanya malam tadi. Aisyah menyusu pun rasa sakit, tekan pun rasa sakit, nak angkat tangan pun rasa lenguh dan sakit. Huhu...kesimpulannya SAKIT ok..hehe..pam pulak tertinggal dekat rumah sebab malam tadi tidur rumah mertua. Apa lagi pagi pagi dah balik rumah pergi ambil pam yang dah sekian lama tak digunakan. Al maklumlah direct feed jer semenjak dua menjak ni. Nasib baik dalam 20 minit je jarak perjalanan. Kalau tak terpaksalah buat manual. Sampai sampai rumah, terus ambil pam dan teruskan dengan proses mengepam. Dekat setengah jam jugaklah . Tapi hasilnya kurang memuaskan. 1oz jer setengah jam. Ish.. Ish..bengkak tak surut pun. Tak perlah, ambil pam, terus bawa balik rumah mertua. Anak dan suami ditinggalkan sekejap.

Sampai jer rumah, budak comel Aisyah ni dah bangun, selalunya bangun mesti cari Ma..Ma...kesian anakku. Pusing satu rumah cari Mama dia tak der. Sekali excited tengok mama balik. Terus bagi dia minum susu yang di pam tadi. 1 oz pun 1 oz je la. Lepas tu, sambung direct feed, again.....tak surut-surut jugak bengkak. Sakit masih terasa.

Apa lagi, terus whatsapp teman baik Mama merangkap Pakar Laktasi Mama. Ha, ambik kau terus diperturunkan petua petua yang boleh melegakan. Letak kobis, air batu, urut, semua keluar. Hehe..thank you darling. Then, ambik kobis terus letak untuk menyejukkan sambil hilang bengkak. Tapi awas jangan banyak kali buat tau..nanti susu kering. Sambil sambil itu, google cara hilangkan bengkak susu, terbaca la dekat online pa ma. Boleh klik link ni ye, nak tengok petua.

http://pama.karangkraf.com/petua/petua-atasi-bengkak-susu-1.142620

Oklah Mama nak kena cuba lagi petua mana yang boleh dibuat ni. Kurang la sikit lepas mandi air suam, kuranglah sikit bengkak tapi masih terasa SAKITnya.

Jadi, bagi mereka yang mengalami bengkak susu, jom cuba petua-petua itu ye. Jumpa lagi di lain entry.

Salam Maulidur Rasul buat semua.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook