Susu ibu is the BEST!!!!

January 01, 2014

Segalanya bermula dengan hadirnya Aisyah dalam hidup Mama. Mencari-cari set pantang dan penyusuan untuk realisasikan impian Mama dan suami supaya Aisyah disusukan selama 2 tahun. Google punya google, terjumpa blog yang cerita mengenai set penyusuan ini. Tapi ntah macammana tak jadi beli. Dalam pantang, apalagi cuma pantang biasa dengan emak di kampung, makan, ikan bakar dan jugak sup sayur sawi. Itu jer.

Pernah cuba set bersalin yang dihadiahkan mertua, namun, baru makan 2 biji, anak dah mula menunjukkan reaksi yang negatif. Nangis tak berhenti pastu, berak-berak. Sakin perut agaknya. Jadi, atas nasihat ibuku, terpaksalah buat tukun je set itu. Huhu, membazir je. Habis pantang baru lah Mama beli set penyusuan ini daripada rakan kerja suami, Pn Naza. 


Masa itu, masih bekerja, ada kalanya kena bangun pagi nak hantar anak ke nursery (selalunya bapa mertua yang hantar), nak kena drive lagi dari kajang ke kuala lumpur, pas subuh gerak tau. Paling lambat pun 6.15 pagi dah keluar rumah, elakkan jammed. Kuasa la Mama nak duk lama-lama atas jalan. Hehe. Amat beza, sebelum dan selepas makan set ini. Badan lebih cergas, anak pun boleh tidur lena sikitla berbanding sebelumnya. 2,3 kali bangun malam menyusu pun masih bertenaga lagi di office. Lagipun menyusu sambil duduk memang menguji juga ketahanan badan kita. Ye tak?Letih jugak la kan. Sekali je bangun malam tak ok la jugak, ni, bila 2,3,4 kali bangun menyusu, bukannya sekejap,sekurang kurangnya 20minit. Tapi, memang pengalaman yang sangat best.

Nak kena bangun pagi pam susu lagi...pam susu ni Mama buat sekali jela pagi. 10 hingga 15minit untuk 10oz ..cukuplah pada masa itu. time flies. Sudah 6, 7 bulan berlalu. Sekarang ni, direct feed sahaja. InsyaAllah akan diteruskan sehingga Aisyah 2 tahun. 10 bulan lagi. caiyok!!!bagi ibu ibu yang bekerja kena la jaga kesihatan, jangan stress, kalau stress jugak boleh telan b complex. Nak kurus cepat lepas bersalin, kenalah susukan anak ye. 

Petua susu meriah, banyakkan minum air, banyakkan sesi penyusuan, jika anak tak nak minum susu, masa inilah buat stok ye. Pam susu ikut masa. Kena istiqamah dalam apa jua yang dibuat. Esp dgn alfalfa membantu sebagai penggalak susu. InsyaAllah. Stretch mark pun pudar dengan ESP. Best sangat sangat.

Jadi, bagi para ibu yang berhajat untuk menyusukan anak, teruskan niat anda. InsyaAllah susu ibu adalah yang paling terbaik untuk si Manja anda. Gud luck!!!!


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook