Bila hati kata tak nak

February 18, 2014

Hati je kata tak nak. Ha...pastikan jangan skip breakfast ye. Amat penting untuk tingkatkan metabolisme badan anad seterusnya menceriakan anda di pagi hari. Pastikan breakfast anda dengan makanan berprotein dan berserat. Kurangkan karbohidrat dan lemak untuk meningkatkan kadar metabolisma badan. Antara kepentingan sarapan untuk tubuh badan 
1)MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN
Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.

2)KURANGKAN BERAT BADAN
Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.

3)TINGKATKAN DAYA TUMPUAN
Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.

4)CEGAH SAKIT JANTUNG
Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook