Jangan Tak Makan

February 11, 2014

Ramai jugak yang beranggapan bahawa nak kurus dan langsing, abaikan makan terutamanya sarapan. Harap ambil PERHATIAN!!!!! Sarapan amat penting untuk kita. Jangan buat endah tak endah tentang pentingnya sarapan. Kena makan untuk memenuhi keperluan nutrisi anda untuk setiap hari. Banyak faedah yang boleh diperoleh dengan sarapan ni. Boleh google...banyak sangat orang bercerita tentang pentingnya sarapan. Kadang-kadang, bila kita tak ambil sarapan, perut kosong dan kita akan mula makan banyak pada waktu tengah hari . Ini menyebabkan masalah lain pula yang timbul iaitu pertambahan berat badan. Ha?? Tau takut. Jadi mulai hari ini, jangan skip sarapan.

Disertakan kat sini tips untuk kurangkan berat badan. Makan supplemen memang membantu anda untuk kurus dan juga mempunyai tubuh badan idaman, namun begitu dengan sedikit senaman sekurang-kurangnya 1000 langkah sehari yang memakan masa lebih kurang 20 minit akan mempercepatkan lagi membakar lemak-lemak degil yang dah sedia ada bersarang dalam diri. TAPI......Tak ada tapi..tapi....bila ada TAPI ni lah membuat kan semua perkara tak jadi. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Selepas senaman selalunya akan sakit badan pada keesokan harinya, yelah kan dah lama tak bersenam. Jangan risau. Kuatkan semangat untuk teruskan, InsyaAllah masuk hari ketiga dah tak rasa apa-apa. Buat permulaan , cuma lakukan senaman untuk beginner sahaja. Kang terkejut pulak tiba-tiba terus extrem. Slow n steady yer. Bila dah istiqamah, semuanya akan berjalan lancar. Yang penting. Kita ENJOY!!!! Jadi apalagi, ayuh amalkan hidup sihat untuk kesejahteraan kita semua.
Kredit Kepada : Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook