Suri Rumah Sepenuh Masa

February 05, 2014

Saja nak menulis topik bukan-bukan pada hari ini. Hai..Jangan pandang enteng dengan suri rumah ok. Bak kata pepatah "tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia". Cewah. Berfalsafah pulak Mama Aisyah hari ini. 

Uish, lari pulak dari topik hari ini. Saja nak berkongsi pengalaman sepanjang kurang setahun menjalani tugas sebagai suri rumah sepenuh masa memang banyak menguji ketahanan mental dan fizikal. Sejujurnya, jadi suri rumah ini lebih penat dari kerja . Dulu, rutin pagi, siapkan anak if aisyah bangun , hantar pergi nursery (selalunya mertua hantar) pastu pergi kerja. Pukul 6 lebih dah kelua untuk elakkan jammed. Tak kuasa nak mengharungi jammed kat kota metropolitan ni. Sampai awal, boleh breakfast dulu. :D. Petang pukul 5 tajam dah keluar ofis, ambil anak almaklumlah berjauhan dengan suami terpaksa la pikul tanggungjawab keduanya. Hilang penat kerja tengok anak. Best sangat moment tuh. Lambat balik gelisah jer. 

Seusia Aisyah 4 bulan dah tak perlu fikir pasal kerja. HEAVEN??? Masa itu, just fikr nak jaga anak dan suami je. Senang duduk sekali. Susah senang bersama la katakan. So sweet. Tak perlah. Kita percaya dengan rezeki yang ditentukanNya. Apa pun jadi suri rumah ni, yang bestnya, kita la CEO. Masa kita yang tentukan sendiri, nak buat apa, nak buat bila. Tengok anak membesar depan mata dan merakam moment peribadi untuk puteri kesayangan ni, amat menyeronokkan. Pertama kali, meniarap, merangkak, berjalan. bercakap jer belum lagi. :D. BEST sangat. Dulu harapkan orang jaga anak kita, sekarang kita yang jaga sendiri, baru tahu macammana. Sekarang dah besar sikit, dah faham apa yang kita cakap, dah ok dah. 

Aisyah..Aisyah..Semoga sentiasa di bawah rahmatNya dan menjadi anak yang solehah. 

Tengok gambar kat bawah ni? Mama Aisyah bukan macam tu ok. Ha ha ha. Kadang-kadang je. Apa pun, bagi yang sudah berkahwin tidak kira apa pun pekerjaan anda, diwajibkan mendapat restu suami untuk keberkatan di dunia dan akhirat. Yang belum melayari bahtera rumahtangga pula, siapa lagi yang tentunya ibu bapa tersayang. Insya Allah, dengan restu mereka semua akan memudahkan segala pekerjaan yang dilakukan. Ingat, Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui, ditimpaNya limpahan kemewahan untuk hambaNya  ke jalan yang benar, diberi sedikit UJIAN dan MUSIBAH, pasti yang terbaik untuk hambaNya. Apa pun, bersyukur.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook