Hamil & Bercuti

March 09, 2014

Pada zaman serba moden ini, mengandung tidak bererti duduk berehat di rumah sepanjang masa. Kecuali anda mempunyai komplikasi semasa hamil ataupun mempunyai sejarah pernah keguguran sebelum ini. Baru anda dinasihatkan untuk berehat tanpa melakukan kerja-kerja yag boleh menjejaskan kehamilan anda termasuk bercuti  ke luar daerah. Bercuti adalah selamat tak kira melalui udara, laut ataupun jalan darat. Ini akan memberikan satu pengalaman yang cukup bermakna buat anda dan suami. Ada beberapa tips yang boleh dikongsi sebagai langkah awal sebelum anda memulakan perjalanan;

  1. Jika kandungan anda dah mencecah trimester ketiga,anda terlebih dahulu digalakkan untuk  konsultansi daripada doktor. Beliau lebih mengetahui sejauh mana tahap kesihatan anda.
  2. Pastikan anda membawa bekalan prenatal vitamin yang mencukupi . Lebih elok dibawa bersama bekas yang asal agar tidak menimbulkan kesangsian sekiranya beg anda diperiksa pihak berwajib. Ini akan membuktikan bahawa anda tidak menggunakan ubatan atau vitamin yang terlarang
  3. Beli insurans perjalanan. Ini akan memudahkan anda sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Pastikan policy insurans anda cover komplikasi semasa mengandung dan juga pengangkutan perubatan sekiranya berlaku kecemasan di destinasi yang hendak dituju.
  4. Anda seharusnya lebih berhati-hati dengan minuman dan makanan. Pastikan minum air yang mineral dan yang diyakini kebersihannya. Makan di tempat yang elok dan terjaga. Elakkan makan ditempat-tempat seperti di tepi-tepi jalan elakkan makanan yang mentah.
  5. Siapkan senarai NAMA orang yang penting untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan. Pastikan senarai diletakkan di dalam hand luggage anda.

    Ok ..itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
    Happy Holiday & Take Care.
    Have A Safe Trip.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook