Apa itu CoQ10?

May 14, 2014

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak dari makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan CoQ10 sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membenarkan organ lain berfungsi bagi mengekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat befungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.


CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruhtubuh. CoQ10 menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menanani masalah pengoksidaaan lipoproteins berkepekatan rendan (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini amat penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darahj ke jantung.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook