Berapa Jumlah CoQ10 yang kita perlukan?

May 14, 2014

Pengambilan dietari harian membantu mengawal paras CoQ10 di dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. 

Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun 20 tahun berikutnya. Pada usia40 tahun, jantung kita hanya mampu menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasil;an CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.

Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan ertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan taraf CoQ10 dalam tubuh. Oleh itu, pengambilan supplemen dapat membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting dalam tubuh kita ini.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook