Puteriku 1 Tahun 6 Bulan

May 09, 2014

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, hari ini, 9 Mei 2014 puteri kesayangan kami berumur 1 tahun 6 bulan. Begitu pantas masa berlalu, sungguh pantas. Namun pada kami, penuh kebahagiaan. Dengan macam-macam pengalaman sebagai abah dan mama, kami sama-sama belajar untuk membesarkan anak kami dengan cara yang paling berhemah.Semoga bila besar nanti, Aisyah menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

Maknanya, ada 1/4 lagi perjalanan untuk meneruskan proses penyusuan selama 2 tahun. Mama amat bersyukur kerana diberi kesempatan olehNya bagi merealisasikan impian dan harapan abah dan mama, Aisyah dapat menyusu selama 2 tahun. Banyak dorongan dan tunjuk ajar dari orang sekeliling membuatkan mama lebih bersemangat. Namun, ada juga yang bersikap negatif, yang ini kita boleh tolak tepi, dengar sekadar meghormati apa yang di katakannya, namun, dengan nekad dan azam, kita mampu dan kita boleh buat. Jadi, bagi ibu-ibu di luar sana, jangan mudah putus asa sekiranya, susu anda merudum, stok ebm dan nak kering malah ada yang kering pun, jangan risau. Buat power pumping sekurangnya seminggu untuk mengembalikan kemeriahan titisan emas anda, Insya Allah berkat usaha dan doa kita sama-sama mampu melakukannya. Tambah lagi, boleh cuba set penyusuan Shaklee. Ibu cergas, anak ceria.

Ha...Dari sekecil2 bayi....sekarang dan panjang dah anak mama. Berat maintain je 10 kilo beras...hikhik... dapat membesar di depan mata, dapat tengok setiap perkembangan Aisyah dari meniarap merangkak sehinggalah memulakan langkah pertama. Seronok tak terkata. Namun jauh disudut hati, bersyukur yang amat sangat. Alhamdulillah

Mama dan abah sayang Aisyah.. love n hugsssssss. :D



You Might Also Like

1 comments

Like us on Facebook