Masalah Keputihan ? Katakan No No No

May 08, 2014

Satu kajian pakar kesihatan kelamin mendedahkan bahawa 99.9% wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan juga faraj mereka. Ini berlaku kerana sikap tidak prihatin kaum wanita menjaga alat sulit mereka.

 Punca keputihan yang tidak normal boleh dikategorikan seperti berikut;
  1. Jangkitan kulat. Ia akan mengeluarkan lendir yang berwarna putih atau kekuningan. Ia akan berterusan dan seterusnya menyebabkan kegatalan di bahagian sulit anda. 
  2. Infeksi oleh kuman trichomonas. Cairan berwarna hijau yang kelua disertai dengan gatal.
  3. Infeksi oleh bakteria vaginosis. Tanda-tanda terkena infeksi ini ialah keluarnya cecair yang berwarna kelabu serta berbau.
  4. Penyakit yang menular melalui perhubungan seks. Tanda-tanda yang timbul ialah keluar cecair seperti keju, berbau dan bercampur darah.
  5. Kanser pangkal rahim. Keluar cecair yang biasanya tidak disertai gatal tetapi berbau busuk.
Namun begitu, terdapat banyak faktor lain yang boleh menyumbang kepada berlakunya keputihan.

  1. Kerap mengambil ubat seperti antibiotik atau ubat mengandungi estrogen.
  2. Pemakanan. Pengambilan makanan dengan kadar gula yang tinggi seperti donat, kuih muih dan gula-gula boleh menyebabkan keputihan.
  3. Pemakaian tuala wanita yang kurang sesuai serta seluar dalam yang kurang pengudaraan juga boleh memburukkan pemasalahan ini.
Impak buruk;

  • Mengganggu keharmonian rumahtangga. Walaupun tidak berkait dengan punca ketidaksuburan seseorang wanita, namun jika keputihan itu terlalu serius akan menyebabkan hubungan seksual anda terjejas. Mana taknya, dengan lelehan yang melampau serta bau yang kurang enak akan secara langsung mengganggu hubungan anda.
  • Keputihan ini juga boleh memberi jangkitan kepada bayi di dalam kandungan. Ini kerana wanita hamil hormon estroen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Ini menyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lembap. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.

Nak atasi?

Senang sahaja. Pastikan bahagian celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Elakkan juga memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat dari kain nilon.

Alfala Complex juga boleh mengatasi masala keputihan anda. Dulu mama juga mengalami masalah keputihan. Namun tidak terlalu teruk. Pengambilan alfalfa selepas berpantang di samping meningkatkan pengeluaran susu, Mama amat bersyukur kerana dapat mengatas masalah keputihan yang di alami. Dalam 3 minggu, alhamdulillah masalah keputihan Mama dapat diatasi.

Bagi sesiapa yang mahu mencuba, amatlah disarankan. Semoga ikhtiar ini dapat menyelesaikan masalah keputihan anda dan seterusnya menceriakan hidup anda sekeluarga. Amin.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook