Peka 7 Petanda Serangan Jantung

May 13, 2014

Kajian National Institutions of Health (NIH), di dalam jurnal Circulation : Journal of the American Heart Association memaklumkan 95% wanita yang pernah diserang serangan jantung dilaporkan mengalami suatu simptom yang belum pernah mereka hadapi sebulan atau lebih daripada masa serangan jantung tersebut berlaku.

Cuba kenalpasti petanda-petanda berikut bagi mereka yang berpotensi mengalami serangan jantung.

1. Keletihan yang melampau 
Lebih 70% wanita dalam kajian NIH mengalami keletihan yang berterusan satu, dua atau tiga bulan sebelum diserang serangan jantung.Ini berlaku apabila mereka mengalami keletihan yang agak melampau walaupun melakukan perkara rutin dan terpaksa mengetepikan aktiviti tersebut.

2.Sukar tidur atau insomnia
Simptom ini biasanya berlaku sebulan sebelum serangan jantung. Sukar tidur malam yang mereka sendiri tidak mengetahui punca.
 

3.Kerisauan dan stress
Melalui rekod wanita yang pernah diserang serangan jantung, mereka mudah berasa risau, stress dan keliru yang teramat sangat. Wanita-wanita ini sedar yang mereka mengalami saat sukar seperti kesedihan yang melampau sebelum diserang penyakit jantung.
 

4.Penghadaman terganggu atau loya
Ini adalah petanda bagi wanita yang mengalami serangan jantung. Anda seharusnya lebih peka dengan penghadaman sendiri.
 

5.Kesukaran bernafas
Hampir 40% wanita mengalami kesukaran bernafas ketika berdepan dengan serangan jantung. Kesan ini dialami semasa melakukan aktiviti harian seperti naik turun tangga, berlari, mengangkat bebanan dan sebagainya.
 

6.Simptom seperti selsema
Simptom yang cukup mudah untuk dikenalpasti sebagai petanda serangan sakit jantung adalah seperti hidung berair, kulit berpeluh, sakit kepala dan berasa lemah. Kebanyakan mereka rasa seperti selsema. Jika ini berlarutan, silalah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.


7.Sakit dagu, leher dan bahu
Wanita lebihcenderung sakit di bawah dagu, dan leher dan kadangkala di bahagian telinga berbanding dengn lelaki yang lebih cenderung kepada sakit dan kebas di bahagian dada, bahu dan lengan. Tanda sakit ini juga mungkin akan dirasai di bahagian bahu dan lengan sebelah kiri. Sakit belakang dan kejang otot di bahagian leher dan belakang jga perlu diberi perhatian.
Sayangi Jantung Anda

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook