6 Kesilapan WANITA semasa berdiet

June 03, 2014

Hampir putus asa mengawal pemakanan, mengira kalori semasa makan, ikuti kelas kurangkan berat badan dan bersukan saban hari. Namun bula berada di atas penimbang, sama juga beratnya, tak turun turun malah paling mengerikan makin menaik. Ish..ish.. Apa dah jadi?
Jom kita tengok apa silapnya,

1. Mengira kalori setiap makanan yang diambil
Kalori makanan yang perlu diambil perlulahkurang daripada jumlah keseluruhan kalori anda. Lebihan 200 kalori setiap hari cukup untuk menambahkan 10kg berat badan anda.
Apa yang anda boleh lakukan:
Semak beberapa laman web untuk mendapatkan cara yang betul mengira kalori yang anda perlukan dalam sehari. Kemudian bataskan makanan dan snek yang anda ambil. Jika 1800 kalori adalah kalori maksimum yang diperlukan oleh badan anda. Cuba bahagikan makanan dan snek yang diambil sewajarnya dan tidak melebihi keperluan kalori harian anda.

2. Jika anda memilih makanan berkhasiat
Tukar makanan yang tinggi kalori kepada makanan yang tinggi serat. Contohnya buah buahan dan sayuran. Banyakkan sayuran hijau dan serat untuk mempercepatkan penurunan berat badan anda.
Apa yang anda boleh lakukan:
Langkah terbaik adalah dengan mencatat jumlah makanan yang anda ambil. Meskipun anda menulisnya di atas tisu dan kemudian membuangnya pun tidak mengapa.

3. Jika anda memesan makanan yang paling berkhasiat di restoran
Paling berkhasiat bagi anda tak semestinya akan menguruskan anda. Kena berhati-hati dalam pemilihan makanan dan juga cara masakan bagi makanan yang paling berkhasiat pilihan anda.
Apa yang anda boleh lakukan:
Cuba cari maklumat mengenai nutrisi makanan tersebut sebelum ke sana. Kebanyakan restoran makanan segera menyediakan maklumat samada di restoran ataupun laman web mereka. Jangan terkejut dengan kalori yang dipaparkan!!!!

4. Jika anda mengidam makan makanan kegemaran semasa berdiet
Awas dengan perkataan rendah lemak dan rendah gula dalam makanan untuk berdiet. Kadang-kadang kalori untuk makanan yang kononnya rendah lemak dan rendah gula lagi tinggi kalorinya. Contoh biskut oatmeal biasa mengandungi 107 kalori dan 4g gula manakala yang 'rendah lemak' mengandungi 106 kalori dan 6g gula.
Apa yang anda boleh lakukan:
Makan dengan jumlah pembahagian yang berpatutan. Boleh makan namun dengan kuantiti yang paling sedikit. Cuma sekadar merasa. Ingat.!!! Anda sedang berdiet.

5. Jika anda RATU SIT-UP
Jangan lupakan senaman kardio. Salah satu kesilapan wanita yang ingin mengempiskan perut mereka. Terlalu banyak sit-up dan lupakan senaman kardio. Memang tak jadi. Perut tak akan kempis sehingga lapisan lemak dibuang. Oleh itu, jangan tinggalkan senaman kardio.
Apa yang anda boleh lakukan:
Setiap minggu cuba lakukan tiga sesi latihan kardio bersama latihan untuk perut dalam anggaran masa 30 hingga 60 minit.

6. Jika anda makan snek untuk menghilangkan lapar
Awasi pengambilan makanan anda. Masa menonton tv terutamanya. Silap-silap sekotak besar popcorn boleh dihabiskan dengan air bikarbonat lagi. Memang melampau tinggi kalori yang diambilnya. Makan masa anda tidak fokus kepada makanan menyebabkan pengambilan makanan yang berlebihan daripada biasa. AWAS.
Apa yang anda boleh lakukan:
Elakkan makan semasa anda sedang melakukan sesuatu pekerjaan seperti mengadap komputer atau berbual-bual. Anda boleh mengelakkannya dengan menutup komputer anda untuk seketika semasa hendak makan.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook