Anak Anugerah Yang Tidak Ternilai

June 05, 2014

Bila scroll news feed facebook, Mama ada terbaca seorang hamba Allah menyatakan luahan hatinya untuk orang ramai supaya lebih prihatin dan peka dengan sekeliling sebelum menyatakan sesuatu. Mungkin apa yang dikatakan akan menyakitkan atau mengguris hati si pendengar terutamanya perkara yang sensitif seperti soal anak.

Bagi pasangan yang mendirikan memang mengimpikan cahaya mata dalam hidup mereka. Seawal diijabkabulkan memang dah memikirkan nak memiliki cahaya mata apatah lagi bertahun-tahun kahwin. Itu semua dugaan dan ujian daripada Allah swt. Memang lumrah manusia akan sentiasa bercakap dan bercakap.

Sebelum kahwin, "Bila nak kahwin?"
Selepas kahwin, " Bila nak dapat anak?"
Selepas dapat anak, " Bila nak tambah anak?"

Hai, sampai bila-bila pun tak habis. Bagi yang dah lama mencuba tapi belum berhasil, jangan cepat putus asa, teruskan mencuba dan jangan lupa panjatkan doa kepadaNya. Banyak kaedah dan perubatan yang boleh dilakukan. Bagi mereka yang berumur 30tahun ke atas, sekiranya belum hamil dalam masa 6 bulan selepas kahwin, dinasihatkan supaya berjumpa pakar untuk mengetahui masalah yang dihadapi.

Hormon yang tidak stabil, endometriosis, PCOS, haid yang tidak teratur, semuanya masalah yang kebanyakan wanita mengalaminya. Daripada sekolah lagi haid Mama memang tidak teratur. Pernah ditanya kepada sepupu Mama yang merupakan seorang doktor, dia kata, tak payah risau, ini perkara biasa, kebanyakan wanita haid akan stabil setelah berkahwin. Hmm.. mungkin bagi setengah orang, tapi bukan bagi Mama.

Haid stabil setelah melahirkan. Setelah mengamalkan GLA Complex, alhamdulillah haid Mama stabil itupun setelah setahun lebih setelah melahirkan Aisyah dan mungkin jugak lambat sebab Mama fully breastfeed anak. Itu  memang perkara normal bagi seorang ibu yang menyusu. Jangan risau kerana lambat datang period yer.

First pregnancy memang tak diduga sebab dah 5 bulan tak period. Tetiba pregnant. Bila doktor tanya bila last period bulan 3. Boleh? Masa itu bulan September. Boleh bayangkan macammana doktor nak kira Expected Due Date? Kelakar juga masa itu, tengok doktor dok putar-putar alat nak tentukan due date tuh. Tapi Mama redha, Allah lebih menyayangi anak Mama. Keguguran setelah kandungan mencapai usia 6 minggu. Memang amat menyedihkan setelah 2 tahun menanti. Namun tetap redha. Mungkin disebabkan rahim tak kuat, pastu sebelum tu travel kl-terengganu-kelantan-kl. Memang penat. Esoknya terus bleeding. Ingat tak de apa-apa. Buat tak tahu jelah. Lusa baru pergi hospital terus kena tahan kat wad. Yang buat Mama terharu, suami terus ambil flight balik kl untuk temankan Mama. hari ketiga kat wad baru doktor sahkan Mama keguguran dan terpaksa buat D&C. Sebelum itu, doktor just bagi ubat untuk kuatkan rahim.Kenangan yang memang tak dapat dilupakan.

Segalanya ada hikmah, 4 bulan selepas itu, Mama disahkan hamil. Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan Syukur ke hadratNya, Kami amat bersyukur. Memang kehamilan ini dijaga rapi sehingga kelahiran. No more travel. Dah trimester ke 2 baru boleh balik kampung, itupun sebab raya, kalau tak alamatnya lambat lagi la balik. Namun apapun, segalanya berjalan lancar dan proses melahirkan juga berjalan lancar, masuk labor room pkl 7 pagi, alhamdulillah pukul 12.10 tgh hari lahirlah puteri Nur Aisyah Radhiah binti Khairul Ariffin ke dunia.


gla complex, shaklee, vitamin shaklee, kesuburan


Nasihat Mama, Berusaha selagi mampu. Jangan mengalah sebelum berjuang. InsyaAllah jika ada rezeki, rezeki anak akan tetap jadi milik anda. Sama-samalah kita berdoa.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook