Hilangkan Cela Di Muka dengan ESP

June 08, 2014

Semalam Mama bereksperimen buat masker dengan menggunakan bahan semulajadi yang semestinya tiada bahan-bahan kimia dan dijamin tiada pengawet, perwarna dan perasa tiruan. Hanya dengan dua bahan sahaja, masker tersedia tak sampai 5 minit. Apa yang anda perlukan hanya sebiji telur ayam dan ESP. 

Asingkan telur putih dan telur kuning. Kita hanya menggunakan telur putih sahaja. Telur kuning itu, Mama masukkan dalam nasi goreng untuk sarapan pagi Mama sekeluarga. Lazat sehingga menjilat jari. Seterusnya masukkan 1 sudu kecil ESP. Kacaukan telur putih dengan ESP sehingga berbuih. Siap!!!

Dah boleh tepek kat muka. Bau ESP. Langsung  tak bau telur. Biarkan sehingga kering dalam 5 hingga 10 minit. Pastu cuci bersih bersih menggunakan air suam. Akhir sekali jangan lupa sapukan toner dengan moisturizer.

Muka rasa segar dan licin sekali. Best sangat. Ni dah kira masukkan dalam senarai dalam aktiviti mingguan. Seminggu sekali pun dah cukup untuk manjakan diri. InsyaAllah hasilnya memuaskan hati. Muka pun bersih , bintik hitam pun pudar dan yang penting dengan kos yang minimal. 

Selamat mencuba.

Kulit Cantik dengan ESP
Masker ESP & Putih Telur

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook