Krisis Pemulihan

June 14, 2014

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen. Simptom-simptom ini akan kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya hanya tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan oleh tabiat pemakanan. Apabila makanan berkahisat dibekalkan kepada badan, krisis pemulihan mungkin akan terjadi kepada anda.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh suatu ketika dahulu akan muncul kembali. Jangan bimbang, kerana biasanya hanya akan terjadi selama beberapa hari, namun mungkin akan berlanjutan sekiranya tubuh badan kita lemah dan kekurangan banyak nutrien.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang terkumpul terlalu lama dalam badan. Sisa-sia, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik serta pengambilan ubat-ubatan. Pengambilan suplemen membantu meningkatkan sistem imun badan dan ada antaranya menyebabkan detoksifikasi berlaku.

Ada banyak kemungkinan yang akan berlaku seperti pening, mengantuk, kelesuan, sakit kepala, lapar yang amat, kencing keruh, berasa panas badan dan lain-lain. Sekiranya berlaku kepada anda, teruskan pengambilan suplemen sepanjang proses detoksifikasi. 

Dicadangkan semasa proses detoksifikasi ini, anda seharusnya minum lebih banyak air putih, rehat secukupnya serta mengawal pemakanan anda. Insya Allah segalanya akan dipermudahkan.

Semoga kita semua sihat, ceria dan bahagia.
 

 


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook