Saya Suka Lemon

June 06, 2014

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink. Kecil tapi cukup berzat dan berkhasiat untuk diambil sehari-hari. Jakun pun ada, sebab masa nak buat salmon cappacio, cari-cari lemon kat supermarket, lemon yang biasa warna kuning tuh tak ada, cuma warna hijau. Rasa dan bentuknya sama. Warna je yang membezakannya.

Banyak jer resepi yang boleh dibuat dengan menggunakan lemon selain daripada minum bersama air suam. Ada baiknya tanpa gula. Lagi bagus dan berkhasiat. Kita boleh buat ayam lemon yang sememangnya sedap. Masukkan dalam salad pun sedap. Banyak sangat kelebihan lemon ni. Jom kita tengok;

  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  • Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  • Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  • Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
Selamat mencuba dan selamat beramal.
Sumber : Nona Karangkraf

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook