Pray For Gaza

July 11, 2014

Di saat ummat Islam berada di bulan yang Mulia, bulan Ramadhan, kita dikejutkan dengan berita saudara kita di Palestin bertarung nyawa menyelamatkan diri dan keluarga daripada kekejaman Yahudi laknatullah.

Kita memang tidak mampu untuk mengangkat senjata untuk membantu memerangi musuh musuh Islam, namun kita jangan lupa, senjata yang paling mustajab dan InsyaAllah dimakbulkan Allah iaitu doa. Sama-samalah kita memanjatkan doa kepada yang Maha Esa, moga saudara seIslam kita tak kira di mana mereka berada terselamat daripada bala bencana dan daripada musuh-musuh Islam.


Selain itu,sama-samalah kita meningkatkan taraf ekonomi supaya meramaikan lagi umat Islam yang KAYA dan BERJAYA. Selain berdoa dengan sepenuh hati, kita boleh menginfaqkan harta benda untuk membantu orang yang amat memerlukan. Lagi banyak kita bersedekah, InsyaAllah lagi banyak ganjaran yang kita dapat. Apatah lagi bersedekah di bulan yang mulia ini. 

Selamat Berpuasa dan Selamat Menambahkah Ibadah

"Pray For Gaza"

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook