Merdeka

August 31, 2014

Alhamdulillah, Malaysia hari ini telah mencapai kemerdekaaan yang ke 57. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dapat meraikan hari yang bersejarah ini. Semoga kita dapat terus mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup di bumi Malaysia yang bertuah ini. Sama-samalah kita memerdekakan diri daripada segala kesengsaraan dan kesulitan hidup dengan mengamalkan "work life balance". Hidup mesti bersederhana dalam apa jua yang kita lakukakan dan utamakan segala yang kita rasa paling utama dalam hidup. Keluarga, pekerjaan atau diri sendiri. Jangan lupakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. InsyaAllah, jika kita menjaga hubungan denganNya, segala urusan di dunia akan dipermudahkan. 

Jika mengejar dunia, anda akan mendapatkan dunia sahaja
Namun jika mengejar akhirat, anda akan mendapat dunia dan akhirat
Sekali lagi, selamat menyambut kemerdekaan bagi seluruh rakyat Malaysia dan selamat bercuti bersama keluarga. Gunakanlah masa yang ada ini dengan penuh berkualiti. Jaga kesihatan diri, itu yang paling penting. Merdekakan diri dari segala penyakit yang boleh merosakkan kehidupan anda. 

Mama Aisyah
0138860214
www.bitaminastore.com

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook