Selamat Ulang Tahun ke 2, Aisyah

November 09, 2014

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Bersyukur sangat-sangat hari ini dengan izinnNya, anak perempuan Mama Nur Aisyah Radhiah binti Khairul Ariffin telah menjangkau usia 2 tahun. Terasa begitu cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah 1 tahun, sekarang tambah lagi setahun. Alhamdulillah.

Teringat dulu masa mengandungkan Aisyah 9 bulan, memang tak susah langsung. Senang sangat. Mengidam yang bukan-bukan pun tak ada. Cuma night sickness kadang-kadang, itupun sebab makan lambat. Perut dah masuk angin. Sebab tuh la muntah kot. Kalau tak, memang biasa-biasa je. Masa nak melahirkan pun sama, Alhamdulillah normal, 9 November 2012, 3.12kg, 12.10 tgh hari, lahirlah permata hati Mama dengan Abah ke dunia. 


4 bulan yang pertama memang teramat kritikal bagi Mama, mana taknya, nangis memanjang. Kadang-kadang stress jugak. Kata orang tua sawan tangis. Mungkin jugakla, lepas 4 bulan dan ok dah. Boleh hidup secara normal. Tiada lagi mata Panda buat Mama ngan Abah. Masa bulan ketiga baru Mama berjinak-jinak dengan Shaklee. Alhamdulillah, cadangan Set Menyusu memang amat membantu Mama di samping untuk memberi tenaga sepanjang hari dan yang paling penting hasrat kami untuk menyusukan permata hati kami selama 2 tahun berjaya.

Sekarang kena cari formula untuk bercerai susu pulaklah. Haih, bila dah lama memang susah. Nak tak nak, kena jugakla kan. Bagi ibu-ibu di luar sana, jangan cepat berputus asa, usaha sebaik mungkin, dan yang paling penting doa banyak-banyak. InsyaAllah, jika diizinNya.  

Untuk buah hati Mama ngan Abah, kami doakan agar Aisyah sentiasa dilindungi oleh Allah swt. Jadi anak yang solehah, taat kepada orang tua dan berjaya di dunia dan akhirat.

Selamat ulang tahun sayang.

Mama Aisyah
0138860214

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook