Banjir teruk melanda pantai timur!!

December 25, 2014

Allahuakbar! Allahuakbar!!

Setiap hati tengok berita pasal banjir ni. Tiap kali tengok rasa gusar dah bimbang, jika hujan tak berhenti, air makin naik, bagaimana la mangsa-mangsa banjir semua.

Mak ayah kat kampung besut, terengganu, setakat ini alhamdulillah rumah belum lagi dinaiki air. Semoga panas menyinari bumi kelantan, terengganu serta kawasan-kawasan yang terlibat.
Bagaimanala agaknya yang nak bersalin, anak kecil, orang yang terlantar, orang-orang tua, yang sakit, meninggal dan yang di hospital mengharungi banjir besar ini. Allahuakbar!! Sayu hati ini. Yang memerlukan alat bantuan yang nak kena pakai bekalan elektrik, elektrik pulak terputus. Bekalan air bersih makin menyusut. Ya Allah, Kau mudahkanlah segalanya.

Bagi mangsa banjir, tabahkanlah hati, walaupun kami jauh dari anda, tapi kami tetap berdoa agar segalanya berakhir dengan cepat. Semuanya dipermudahkan olehNya.

Bagi rakyat Malaysia yang budiman, inilah masa yang terbaik untuk membantu insan yang memerlukan. Boleh salurkan bantuan anda .
 
InsyaAllah mudah-mudahan sumbangan kita yang kecil ini dapat menampung sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

InsyaAllah.Sekitar gambar bajir yang dikongsikan oleh sahabat dan saudara yang berada di Kelantan dan Terengganu.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook