Kelantan Menangis!!!

December 28, 2014

Sudah beberapa hari berlalu.

Adakah keadaan masih sama,berkurang ataupun bertambah buruk. Kami di perantauan ini hanya mampu mendoakan yang terbaik dan membantu setakat mana yang boleh. Segala berita hanya la melalui media sosial dan televisyen sahaja. Sekejap je menjadi viral kepada setiap update yang berkaitan dengan banjir yang melanda Malaysia amnya dan Kelantan khasnya.

Tak boleh dibayangkan keadaan di sana macammana. Jalan yang seringkali dilalui tatkala pulang ke kampung halaman lupus sepenusnya hingga paras yang tinggi. Tak terfikir bagaimana anak kecil orang orang tua yang terpaksa berlindung di atas bukit yang selama ini tak pernah di daki tetapi dek kerana ujian Allah yang amay besar ini, digagahkan juga demi meneruskan hidup dan menyelamatkan nyawa. 

Harta benda semua memang habis ditelan banjir. Namun itu semua tidak penting lagi di dalam keadaan yang serba genting ini. Kagum dengan semangat sukarelawan dan juga rakyat Malaysia hang tidak putus putus menghulurkan bantuan kemanusiaan tak kira di mana jua anda berada. Teruskan bantuan anda bagi membantu mereka yang amat memerlukan.

 

Bagi mereka yang ingin menderma, bolehlah salurkan bantuan anda kepada Papisma bagi membantu mereka membeli segala keperluan bagi mangsa banjir. Bekalan air bersih, makanan kering amat diperlukan sekarang. Bagi mereka yang mempunyai kenderaan 4wd dan bot juga boleh menghulurkan bantuan anda untuk mengagihkan bantuan terus kepada yang memerlukan. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Info terkini anda boleh layari facebook
Farah Wahida
Pertubuhan amal perubatan ibnu sina Malaysia (PAPISMA)

Rakyat Malaysia juga boleh menghulurkan bantuan bagi membeli segala supplemen bagi membantu mereka terutamanya kanak-kanak. Mereka memerlukan vitamin untuk menguatkan sistem imun. Faham sajalah bila keadaan meruncing begini dengan persekitaran yang kotor kanak-kanak cepat mendapat penyakit.

Sama-sama kita bantu ye. Rakyat Malaysia berjuta. Sumbangkan sekurangnya 1 botol vitamin c seorang yang yang berharga RM37.50. Apalah sangat kan? 

 
Huhu..satu lagi

Jangan lupa terus dan terus berdoa demi keselamatan dan juga kesejahteraan mereka. Semoga Allah menghilangkan musibah ini dengan secepat mungkin. Redha dengan ketentuan Ilahi. Sesungguhnya  perancanganNya lebih baik buat kita semua. Allah menguji sebab Allah menyayangi kita.

InsyaAllah.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook