8 Rahsia Khusyuk Dalam Solat

January 09, 2015

Perkongsian ini diharapkan agar bermanfaat kepada seluruh ummat Islam dan semoga ibadah kita diterima dan kita mendapat kenikmatan yang tidak terhingga. InsyaAllah. 8 tips atau rahsia yang boleh kita jadikan panduan untuk lebih khusyuk dalam melaksanakan solat lima waktu dan solat-solat sunat.
  1. Solat berjemaah. Yang paling afdal apabila dilakukan di masjid. Dan yang paling best lagi jika satu keluarga berjemaah bersama setiap kali solat.
  2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya. Ini amat penting agar hidup kita sentiasa tenang dan aman. Segala perangai dan perasaan negatif dalam diri dijauhkan olehNya.
  3. Sedekah kepada fakir miskin. Semoga setiap amal jariah yang dilakukan diterima olehNya dan diberi kita kelapangan hati setiap kali melakuka  ibadah.
  4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air kecil atau air besar dan kalau boleh selesaikan segala urusan agar tidak timbul kebimbangan semasa dalam solat.
  5. Mengambil wuduk dengan sempurna supata air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
  6.  Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak mengadap pembesar negeri.
  7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
  8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir dalam hidup.

Selamat Beramal.

Mama Aisyah
0138860214
order.bitamina@gmail.com
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook