Mulakan tahun 2015 dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

January 01, 2015

Syukur alhamdulillah sekali lagi kita mampu lagi bernafas di muka bumi Allah swt pada permulaan tahun baru 2015.

Lupakan segala azam yang tidak tercapai sehingga hari semalam dan terus berusaha untuk mencapai dan menggapai segala impian anda pada tahun ini. Wajib TULIS azam anda!! Tak kira di mana pun, dalam diari, dalam handphone, kat wallpaper laptop mahupun di dinding rumah anda. Pastikan impian anda dapat dilihat setiap hari. Kalau tulis dalam fikiran dan dalam hati jer, takut nanti bila berjalan tersepak batu. Hilang semua. Lupa semua. Kalau itulah anda, alamatnya kena telan Omega Guard setiap hari. Okey

Terlalu banyak peristiwa yang menyedihkan berlaku di Malaysia tahun lalu, Mama berdoa agar kita semua diberkati dan dirahmati olehNya sampai bila-bila. Selalulah mengingatiNya tak kira di kala sedih mahupun gembira. Kalau kita susah, ingatlah ada lagi orang yang lagi azab dari kita. Belajarla bersyukur dan redha. InsyaAllah hati akan tenang dan hidup akan tenteram.

Berbalik pula pada azam tahun baru. Sudah bersiap sedia nak menjadikannya realiti? jom kita laksanakan dengan seikhlas dan sepenuh hati. Adalah hajat Mama yang tak tercapai tahun lepas, takper kita sambung tahun ini. Bolehkan? Hehe.

Apapun yang anda hajati, sama-sama kita berusaha dan berdoa kepadaNya. Semoga kita terus sukses dan sukses. Daripada seorang yang biasa-biasa kepada yang LUAR BIASA. InsyaAllah. Kena paksa diri untuk pergi lebih jauh dan jadi lebih baik. Allahuakbar. Semoga perancangan di permulaan tahun ini akan dipermudahkan olehNya.

Amin

Mama Aisyah
0138860214
order.bitamina@gmail.com

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook