Penyusuan Anak Lebih 2 Tahun

January 05, 2015

Alhamdulillah bersyukur sangat sebab Mama berjaya menyempurnakan penyusuan selama 2 tahun. Dan kini telah terlajak ke bulan kedua. Haih. Dalam proses nak wean off ini sebenarnya. Benarlah kata orang memang sukar sekali nak bercerai susu ini. Al maklumlah dah 2 tahun kan. Namun begitu, bagi yang masih musykil mengenai wajarkan kita menyusu anak lebih dari 2 tahun, jom kita baca soal jawab mengenai hal ini.

Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun? 

Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia. 

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini. 

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.
Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi. Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz3NvZ02phC 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Walau apapun terpulang kepada kita sendiri. Bagi Mama sudah tiba masanya aisyah diceraikan susu. Kena cari banyak alternatif supaya usaha ini berjaya. Ada yang letak jadam , asam jawa. Macam-macam. Mama belum lagi cuba . InsyaAllah kita tengok nanti macam mana. Kita cuba secara natural dulu. 

Bagi para ibu yang masih dalam proses penyusuan, bertabahlah dan terus berusaha. Insya Allah banyak manfaat yang anak dan ibu. Memang ada kalanya akan melalui proses yang sukar bengkak susu, ibu sakit, penat, malas. Semua itu, InsyaAllah anda boleh atasi dengan jayanya. Yang penting enjoy dengan apa yang anda lakukan. Manisnya akan anda rasai nanti. Good luck. Yang masih mencari-cari supplement untuk menjayakan penyusuan anda, bolehlah cuba cadangan set penyusuan Shaklee. Ini memang supplemet yang Mama memang suka sangat dan amalkan selama ini. Semoga bermanfaat.


Mama Aisyah  
0138860214  
order.bitamina@gmail.com  
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook