Cabaran Squat 30 Hari. Ada berani?

March 06, 2015

Sila Cabar Diri Anda.

Idea ni datang dari group whatsapp xroomate Mama masa kat SESMA dulu. Buat cabaran Squat? Almaklumla dah semakin meningkat umur ni metabolisma badan pun kian menurun, berat badan pun kian bertambah, dan yang paling sadis shape badan pun dah haru biru. Haha..Semua sedar diri. Alhamdulillah. Yang tak sedar tuh bahaya. Perasan cun jer kan. Lagilah bila dah beranak pinak ni, badan naik turun tak menentu. Yang penting kita kena jaga makan, ambil supplement yang sepatutnya dan kena selalu bersenam. Tak kira la apa jua yang anda buat, pastikan anda berpeluh setiap hari. Bak kata Atelia (alah yang cikgu yoga tuh & penyanyi). Tak susah pun nak bersenam, yang anda perlu ada cuma lantai. Buatlah apa anda nak buat, squat, jumping jack ke apa ke. Yang penting kena selalu keep our body fit. Barulah ceria hidup ye tak?

Hari ni adalah hari ke-6 Mama meneruskan cabaran 30 hari squat ini. Semoga Mama terus kuat semangat untuk buat benda alah ini sampai ke penghujung. Mula-mula terpikir jugak. Mampukah aku? 250 squat satu hari? Mau pengsan dibuatnya. Orang lain boleh, takkan aku tak boleh. Mesti boleh. Yakin boleh. Be positive. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan. 50 squat sekejap je dalam 10-15 minit. Lepas capai 50 squat buat hari pertama memang seksa sikit la, tegang urat satu badan. Almaklumlah bersenam pun jarang sekali. Tapi dah masuk hari keenam ni dah ok. Dah mula confident untuk capai ke peringkat seterusnya, Boleh cabar sikit lagi dengan tambah pemberat. Haha. Memang berpeluh lencun la. Mama buat guna pemberat 2.5 kg jer. Best yang amat.

30 Hari Cabaran Squat. Ada berani?
Sesiapa yang teringin nak buat squat ini, antara manfaat yang bakal anda peroleh;

Membentuk Tubuh Badan Ideal ---> Yes dengan melakukan squat anda akan memiliki bentuk punggung yang cantik dengan pinggang yang ramping. Bagi atlit yang kekurangan otot quadricep, squat merupakan senaman yang banyak membantu membina otot quadricep.

Meningkatkan Hormon Testosteron ---> Berita gembira bagi kaum lelaki yang kerap melakukan senaman squat kerana hormon testosteron anda berjaya di peetingkatkan. Dengan hormon testosteron yang tinggi memudahkan otot-otot bahagian badan yang lain membesar.

Membakar Kalori ---> Bagi anda yang mahu menguruskan badan, squat merupakan senaman yang wajib anda lakukan kerana senaman squat banyak melibatkan pergerakkan otot di keseleuruhan badan. Jadi jangan skip squat ok.

Keseimbangan Badan ---> Mungkin ramai tidak faham maksud ini, tapi cuba anda tidak pernah melakukan squat saya percaya ada beberapa senaman yang memerlukan keseimbangan dan kekuatan kaki anda tidak dapat lakukan dengan tahap maksima contoh barbell row, deadlift, bent over flye dan lain2 lagi.

Stamina ---> Selain berjongging senaman squat juga dapat membantu meningkatkan stamina anda. Lihat sahaja ahli gym, mereka jarang berjongging tapi dengan kerap melakukan squat stamina mereka masih gagah untuk 1jam ke 2jam di gym berbanding mereka yang malas melakukan squat.
(sumber dari http://x-fitnessmotivation.blogspot.com) 
Ha, menarik bukan. Memang menarik jika kita sama-sama menjayakannya. Apa tunggu lagi? Sila cabar diri anda sekarang!!!!

Bila dah penat dan dahaga yang amat itu, Mama suka cadangkan minum minuman Performance drink (PD) untuk kekalkan bendalir dalam badan. Ini kerana PD telah terbukti secra klininal dan Ujian makmal terhadap atlet cemerlang menunjukkan bahawa PD membekalkan spektrum elektrolit yang menyeluruh, termasuk kalsium dan magnesium (ciri unik yang tidak dimiliki oleh jenama terkemuka).

PD meningkatkan prestasi anda, membantu anda menjalani latihan lebih lama dan mengembalikan tenaga dengan lebih cepat, Shaklee Sports Nutrition adalah pilihan bijak untuk memberikan apa yang tubuh anda perlukan sebelum, semasa dan selepas latihan. 

Hanya satu sudu besar sebelum dan selepas bersenam dicampurkan dengan air sejuk. Memang best!!!!
Performance Drink
 Selamat Mencuba.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook