Gentle Action Makeup Remover yang Awesome

March 05, 2015

Mama nak kongsikan dengan anda semua mengenai produk kecantikan favourite Mama ini. Baru 2 bulan lebih meggunakannya, Mama dah jatuh chenta. Suka sangat. Sebelum ini, ada bermacam jenis make up remover yang Mama guna walaupun Mama ni bukan jenis yang pakai make up selalu. 

Bila dah jadi suri rumah ini, bukan kata tak berhias diri, cuma Mama lebih suka biarkan muka tanpa sebarang tepekan bedak-bedak ni. Sesekali keluar barulah tampal buka dengan compact powder. Patutla compact powder Mama tak habis-habis. Hehe.

Mama beli gentle action make up remover Shaklee ni, bulan Januari yang lalu. Mama saje je beli, sebab teruja sangat baca testimoni pengguna  yang mendapat kebaikan dengan menggunakan make up remover ini. Betullah, memang tak berminyak, kalau dulu make up remover semuanya yang oil based, so, bila sapu kat muka memang terasa muka sangat berminyak. Huhu, tak suka sungguh. Beza dengan make up remover Shaklee ni, langsung tak berminyak bila pakai. Bau dia pun Mama suka. 

Cara pakai pun senang. Calit sikit kat kedua-dua pipi, dagu, dahi dengan hidung, pastukan ratakan seluruh muka. Siap. Ratakan pakai jari jemari jer. Pastu bilas dengan air suam. Jangan air panas pulak. Kang tak pasal-pasal melecur muka. Hehe. Hasilnya? Kulit rasa bersih, licin, dan minyak kat muka pun berkurang. Memang bestlah. Bila Mama pegang muka, memang lembut jer. Pastu cuci muka dengan pencuci muka , pakai toner dengan moisturizer. Jangan lupa pulak, kena tutup liang-liang roma yang terbuka tu.

Walaupun ini produk NutriWhite pertama yang Mama pakai, ini dah memberi feedback yang bagus untuk kulit Mama, Blackhead yang bermaharajalela kat hidung pun dah kurang. Wah. I loike. Ha, bagi sesiapa yang nak cuba, jangan segan-segan silu. Hasilnya tak akan mengecewakan anda. Bagi yang selalu terdedah dengan persekitaran luar, yang selalu make up , memang disarankan amik make up remover ini, untuk membersihkan segala kotoran yang melekat kat muka , ala-ala pre cleanse la. Sebelum kita mencuci muka.

Satu tiub ni, orang kata sampai setahun tak habis-habis. Patutla Mama guna dah dekat 3 bulan ni, masih gemuk lagi. Tak kurus-kuruskan pun . Haha. Best. Jimat duit Mama. 

Sesiapa nak mencuba produk favourite Mama ini boleh la contact Mama ye, bila dah cuba, baru tahu, rasai sendiri perubahan kulit wajah anda. Yeay. Mama sudah, anda bila lagi?

Gentle Action Makeup Remover
 





You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook