Hadiah dari Allah

March 12, 2015

Mama nak tergelak je bila tengok gambar ni. Memang over kan. Hahaha.Tapi betullah kan apa yang ingin diungkapkan daripada sekeping gambar ni. Bila kita dengar "sah" sahaja, memang dah terpikul dan tergalas tanggungjawab sebagai isteri. InsyaAllah, jika diizinkan Allah akan menjadi ibu. Bertambah lagi tanggungjawab kan.

Tak kira la wanita bekerjaya ataupun tidak, memang wajib menjalankan tanggungjawab mengharmonikan rumahtangga. Saling tolong menolong, tolak ansur dan jujur dalam perhubungan perlu dititikberatkan. 

Sejak abah Aisyah ni dah bertukar waktu kerja daripada Shift kepada Normal Working Hour ni, Mama terasa sedikit perubahan dalam jadual harian Mama. Yo yo je kan. Kalau dulu buat breakfast sesudah subuh, kena siapkan awal kalau suami nak bawak bekal sebab dia masuk kerja pukul 7. Sekarang boleh la delay sikit sebab waktu masuk pun fleksibel. Haha.. Kalau tak nak bersilat kat dapur tuh pagi-pagi buta. Ish-ish.

Banyak cerita pasal rumahtangga ni kan. Macam-macam ragam kita boleh baca. Walau apapun, Mama rasa suami isteri perlu ada rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Barulah ceria dan bahagia rumahtangga. Kan? Berdua tak pe lagi, bila dah bertiga, berempat hatta bersepuluh pun nanti harapnya keharmonian rumahtangga masih lagi dijaga. Kalau dah nampak bini bersilat bertaekwando macam dalam gambar tuh, ringan-ringankanlah tulang ye. Haha. Nasib Mama belum lagi jadi camtuh.

Apa pun, jaga makan, jaga diri, jaga keluarga. InsyaAllah hidup kita aman damai.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook