Susu, Aisyah & Mama Tak Dapat Dipisahkan

March 09, 2015

Masa mengandung dulu memang dah tekad akan menyusukan amanah Allah yang bakal lahir dengan susu badan selama 2 tahun. Memang mula dari hamil lagi, Mama setiap bulan majalah buku Pa & Ma. Memang bagus untuk bahan ilmu kepada ibu bapa. Macam-macam dikongsikan dalam majalah ini, dari cerita masa hamil sehinggalah anak-anak membesar. Banyak baca mengenai ilmu penyusuan membuatkan Mama lebih berkobar-kobar. Teruja gitu.

Yang bestnya, suami tersayang Mama pun memang menyokong. Siap bagi hadiah medela freestyle lagi. Wah terharunya. Memang la lagi membuatkan Mama bertambah bersemangat. Tanggal 9 November 2012, lahirlah permata hati kami ke dunia ini dan bermulalah proses kehidupan baru sebagai ibu. Anak pertama memang kekok sket, banyak benda tak tahu, banyak benda kena belajar, tapi alhamdulillah, mak dan mak mertua banyak membantu.

Nak menyusu pun kekok. Nasib baik ada nurse dekat KPJ kajang banyak membantu untuk menyusu dengan betul. Dibahasakan diri sebagai Mak Yam, dialah insan yang pertama membantu Mama untuk menyusu secara betul. Pegang macam ni, kaki kena letak macam ni,bla..bla..bla...Macam-macam diajarnya. Best betol Mak Yam ni. 

Mama mula consumed Shaklee sebagai milk booster untuk menyusu . Masa pantang tak der makan apa-apa supplimen pun. Just makan kurma, minum air banyak. Benda-benda panas macam lada hitam, tak makan sebab kebetulan Aisyah memang sensitif perut dia. Meragam je bila perut tak selesa.

Orang kata masa pantang adalah masa terbaik nak kumpul stok susu. Bersungguh-sungguh la Mama pam susu hari-hari. Bila anak tidur, mula buat stok susu. Tak banyak mana pun . 2-3 oz setiap kali pam. Mula terpikir, cukup ke susu ni nanti. Huhu. Kadang-kadang orang tua ada juga cakap sebab tengok anak macam tak cukup susu, nak suruh top up dengan susu formula dan mcam-macam lagi, namun kami memang terkad, dah siap cakap awal-awal 6 bulan pertama ni, aisyah hanya akan minum susu ibu sahaja. Alhamdulillah mereka memahami.

Naik jer pantang, hantar aisyah kat nursery. First day tuh nervous lain macam je.  Dah siap bekalkan EBM. Ingat lagi, nak sampai jer ofis, Mak Long (penjaga kat nursery) call, ingat apa la, pagi-pagi dah call, rupanya tanya botol susu. Dia tak perasan beg tuh ada 2 zip. 1 zip kat belakang Mama letak botol susu. :D. Lega, hari pertama berjaya. Sampai petang tak der call apa-apa. Alhamdulillah ok.

Mama masa kat tempat kerja 2x pam susu, pagi sekali, petang sebelum balik sekali. Memang kena curi masa sketla. Kalau tak buat macam tu, memang perit sikit. Bengkak susu lagi sakit kan. Baik pam. Pagi-pagi memang kena minum ESP dan pas breakfast makan 5 biji alfalfa. Dengan izinnya production susu Mama memang meningkat. Susu makin pekat, badan bertenaga, anak tidur lena, kulit Mama & Aisyah pun cantik. Stok tak de la sepenuh-penuh peti ais, tapi cukupla untuk Aisyah. Lagi bertambah usia, lagi banyak dia minum, 5 botol sehari , dalam 20-25oz. Huhu, memang banyak la. Selain 2x masa kat tempat kerja, pagi-pagi kol 4 gagahkan diri juga untuk pam susu demi anak.

Memang boleh buat stok susu. Itu cuma 4 bulan sahaja. Pastu, bila Mama dah tak kerja, ikut suami ke bintulu, Mama dah tak buat stok lagi dah. Tak tahulah kenapa. Cuma direct feeding. Kira based on demand jela. Disebabkan itu, aisyah memang tak minum susu dalam botol langsung dah pastu. Cuma sekarang ini dah ok sket, boleh minum air masak dalam botol. Haha, jimat duit Mama. 

Alhamdulillah jugak, sepanjang menyusu ini, Mama tak de masalah sangat cuma sekali je seingat Mama, bengkak susu, Ya Rabbi, sakit yang amat. Itu jelah sekali kot. Ingat tak ingat je ni. Selain itu, tak de apa. Sedar tak sedar dah lebih 4 bulan dari apa Mama jangkakan. Syukur Ya Allah atas nikmat ini. Sebab Mama tahu di luar sana ramai lagi ibu-ibu yang sedang struggle untuk menyusu sampai 2 tahun. Tak lupa juga ramai dah tersungkur di tengah jalan.

Pesan Mama, bagi ibu-ibu kena tabah dan yakin anda mampu melakukannya. Boleh, anda boleh. Selagi terdaya, selagi tak memudaratkan diri, anda jangan mengalah. Cuba pelbagai cara untuk menjayakannya. Alternatif yang Mama cadangakan memang ambil supplement iaitu ESP+alfalfa. Tambah dengan minum air secukupnya. Insya Allah. Jangan jemu untuk berusaha dan berdoa yer.


Selamat mencuba.







You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook