Hati-hati dengan Panas Yang Melampau

March 10, 2015

Memang panas terik sangat sekarang kan, kalau sidai kain pukul 12, pukul 2 dah boleh angkat dah. Cepat je kering. Tadi masa duduk santai-santai bersama Aisyah sambil makan tengah hari, sempatlah Mama menonton Wanita Hari Ini. Topik perbincangan adalah mengenai "MUSIM PANAS YANG EKSTREM". Kalau ikutkan, musim panas yang pelik ini akan berlangsung sehingga April tahun ini. Jadi, harus diingat kepada semua agar sentiasa menjaga kesihatan kerana panas yang terik ini akan mengakibatkan strok haba dan yang paling teruk sehingga boleh mengakibatkan kematian. Nak tahu lebih lanjut mengenai strok haba ini, boleh rujuk kepada gambar dibawah.

 
Kita semua dinasihatkan supaya tidak terlalu terdedah dengan sinaran matahari yang terik terlalu lama dan seboleh-bolehnya elakkan daripada berpanas  antara pukul 12 sehingga pukul 4 petang. Terutama kepada orang tua dan kanak-kanak. Mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit. Dalam topik tadi, benda yang kita boleh katakan remeh juga perlu dititikberatkan contohnya elakkan orang tua atau kanak-kanak ini ditempatkan di bilik yang mendapat pancaran matahari yang terus. Maknanya, kalau boleh tempatkan mereka dibilik yang kurang sinaran matahari. Selain itu,langkah-langkah yang boleh diambil ialah;
  1. Pakai sun block
  2. Gunakan payung 
  3. Uruskan masa sebaiknya, jika perlu keluar elakkan daripada keluar masa waktu panas yang terik
  4. Minum air yang banyak
Ha, no 4 yang paling penting. Memang kena minum air yang banyak. Sekurang-kurangnya  1 liter per 25kg berat. Bila kita rasa dahaga itu, menunjukkan badan kita dan kehilangan banyak air. Jadi, nak tak nak, kena paksa diri untuk minum air dengan lebih banyak, bukan saja di masa panas sebegini tetapi juga untuk mengekalkan kesihatan diri.
Performance Drink (PD)
Ini adalah minuman petang Mama. Selain menghilangkan haus tekak ni, PD juga dapat mengelakkan daripada badah dehydrated. Bahaya kalau badan dehydrated. Boleh pengsan tau. PD ni, kalau dibancuh dengan air sejuk, memang sedap. Rasa oren dan PD ni merupakan minuman isotonik yang tidak bergas, tidak ada pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Natural gitu. Patutla sedap kan. PD juga menjadikan Mama lebih bertenaga. Almaklumlah hari ini dah masuk hari ke 10 cabaran squat. Wah berjaya buat 105 squat. Alhamdulillah. Uniknya PD dari Shaklee ini ialah mengandungi Elektrolit dan Mineral.
  • Untuk membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
  • Baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot?
    Apalagi nak tunggu, jom cuba sekarang;
     

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook