Punggung Cantik & Peha Menawan - Rugi tak cuba!!!

March 31, 2015

Dari mana terbuka  hati nak buat cabaran squat hati ni tak tahulah. Hanya dengan bualan kosong di group whatsapp akhirnya menjadi dengan sendiri merealisasikan sendiri 30 days SQUAT CHALLENGE. Wah semuanya boleh dengan keyakinan dan kerajinan nak cangkung bangun cangkung bangun sampai 250 kali kot. Fuh......Aiseh..sebenarnya dah setel semalam aktiviti petang Mama ni. Lupa pulak nak slash.

Sesiapa yang teruja nak lakukan cabaran ini silakan. Mama pasti anda mampu melakukannya. Hasilnya memang momazing...super awesome. Sebelum squat boleh cubit-cubit belakang peha ni, sekarang tidak lagi. Ha..dengan hanya 30 hari. Memang la super excited kan. Bagi sesiapa nak repair peha yang melekat-lekat antara kiri dan kanan, punggung yang tak berapa cantik, peha yang menggeleber, memang amat sesuai sangat buat squat ni.

Boleh baca tips kecikkan peha daripada Puan Namee kat sini. Selain squat ada lagi senaman lain yang dia buat. Tapi Mama cukuplah dengan squat dulu. Nak lompat-lompat ni..hmmm..fikir 2, 3 kali.. Haha..tak senonoh betul. Dah selesai 30 hari squat challenge esok kena buat ab challenge pulak dengan 100/150 squat. Yes, pasti boleh, yakin boleh. Dah berumur ni metabolisme pun dah turun kan. Kita up balik dengan pemakanan dan senaman. Insya Allah, spare tyre akan berkurang, jika RAJIN BUAT kita boleh say bye-bye to selulit. Senang kan?

Nak cepat lagi, boleh topup dengan supplement. Mama macam biasa, ESP + b Complex + Vit C + Vitalea. My morning esentials. :D.

Apa lagi tunggu, jom cuba, hapuskan selulit!!!!!!
 



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook