Sangat-sangat berbaloi minum ESP

March 05, 2015

Sebelum anda baca entry ini, abaikan muka Mama yang kembang ni yer. Mama cuma ingin berkongsi pengalaman Mama sendiri setelah setahun lebih mengamalkan ESP sebagai minuman harian. Walaupun ada juga hari-hari yang skip, tapi kira secara puratanya hari-hari minum. :D.

Mula berkenalan dengan ESP selepas pantang, Mama mula mendapatkan Set B untuk penyusuan. Selepas itu baru ditambah dengan ESP. Hasilnya memang Alhamdulillah, dengan izin Allah Mama dapat menjayakan proses penyusuan selama 2 tahun lebih. Sampai sekarang masih menyusukan Aisyah. Tapi slowly nak weaning off. Yang penting, ibu-ibu di luar sana kena kuat semangat sebab diakui memang ada pasang surutnya production susu kita. Tak campur lagi waktu stress, kena bengkak susu, demam la selsema la, semua itu boleh mengganggu pengeluaran susu. Namun begitu, kita yang perlu tabah dan cekal mengharungi semuanya. Jangan cepat putus asa. Mama yakin anda mampu buat.


ShakleeEffect

Inilah sebabnya kenapa saya jatuh cinta dengan ESP


Salah satunya sebab mengapa Mama suka sangat dengan ESP ini menjadikan kulit muka Mama lebih sekata. Lagi cerah dari sebelum dan kulit kusam pun tiada lagi. Biasalah kan, perempuan ni kadang- kadang hormon tak stabil. Jerawat tumbuh sana sini. Tapi semenjak mengamalkan ESP, Vitamin C dan Vitamin E, jerawat yang tumbuh cepat je menyusut. Tak derlah gedabak macam dulu. Tengok pun takut. Cukuplah pengalaman ngeri tuh dah berlalu. 

Mempunyai kulit yang sensitif ni memang kena lebih berhati-hati dalam memilih produk untuk makan dan pakai. Yela dalaman kena jaga, luaran pun. Mama amalkan bangun pagi terus minum air kosong 2 gelas. Lepas sembahyang subuh baru Mama shake shake ESP dengan air kosong dan minum. Hari-hari amalkan.  Kalau anda tak mampu nak minum dengan air kosong, boleh cuba resepi ni.

Sekarang ni, Mama fokus dengan kombinasi 3 serangkai ni, ESP + Vitamin C + Vitamin E untuk mengurangkan pori-pori yang terbuka luas kesan daripada jerawat zaman dulu kala ini. Memangla ambil masa sedikit sebab dah berbelas tahun sebati kat wajah. Tak per, apapun kita ikhtiar. Kalau tak cuba, mana tahukan. Mama memang puas hati dengan apa yang Mama nampak di wajah sekarang.

Sesiapa yang mempunyai masalah yang sama, bolehlah mencuba rangkaian 3 produk ini. InsyaAllah dengan izinNya kita semua dapat memperoleh manfaat. 

Selamat mencuba.


You Might Also Like

1 comments

Like us on Facebook