Tomato vs ESP

March 24, 2015

Masker tomato VS ESP

Saya baru realize yang saya ni suka makan tomato rupanya. Sebab dulu masa mengandungkan aisyah memang mak saya dah pesan makan tomato, minum soya nanti InsyaAllah anak putih. Alhamdulillah walaupun dulu on off je minum soya dengan makan tomato kulit aisyah memang tidak bermasalah. Suka tengok..haih kan best kulit mama pun macam aisyah. Takper...insyaAllah suatu hari nanti.

Terbaca dalam blog yang bercerita mengenai khasiat buah tomato. Selain dari di makan mentah untuk meningkatkan metabolisme badan tomato ini juga boleh digunakan untuk kecantikan kulit. Ha, pasal kulit muka ni memang Mama suka baca dengan try. Asalkan tidak memburukkan lagi sudah.

Tomato ni buang kulitnya dan lenyekkan sahaja. Lendir nya tuh tepek saje kat muka jadikan masker. Biarkan selama lebih kurang setengah jam sampai kering. Hasilnya sapa yang ada jerawat tuh, kecut... yang tak der jerawat akan rasa kulit tuh lembut, lembap je. Ha ni bagi yang rajin la kan.

Satu lagi masker boleh buat dengan 4 biji alfalfa dengan 1 sudu ESP. Campurkan dengan sedikit air .adunkan bersama sama. Dah siap..tepek je kat muka. Nnt hilanglah blackhead ke whitehead ke parut jerawat ke...senang.

Masker tomato bagi orang yang rajin, masker esp + alfalfa bagi yang kurang rajin..haha..nak cepat punya pasal. Tapi keduanya bagus untuk kulit dan yang paling penting boleh jimatkan kos. Tambah tambah nak dekat April dah ni kan.

Apa tunggu lagi, jom buat masker...

Nyaman....

Zzzzzzz



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook