20 Tips Kurus di Bulan Ramadhan

June 18, 2015

Pembaca Bitaminastore yang dihormati,

Perkongsian menarik yang dikongsikan oleh Kevin Zahri mengenai 20 tips kurus di bulan Ramadhan yang boleh diperaktikkan oleh kita semua terutama bagi mereka yang inginkan tubuh badan yang fit dan cantik menjelang aidilfitri yang bakal menjelma. 

Jangan lupa yer bangun sahur. Kunci Jam siap-siap. Nak tambah pahala lagi, boleh tambahkan dengan amalan sunat seperti solat Tahajud, Taubat dan berzikir. Bagi Mama, simple sahaja sahur berdua bersama Abah Aisyah. Makan kurma 3 biji, lepas itu minum ESP + Performance drink. Itulah yang kami amalkan sepanjang ramadhan tahun lalu. Alhamdulillah badan bertenaga dan kurang haus. Senang sangat, goncang2 dan boleh terus minum. Bila dah amalkan macam ni, nak makan berat pagi memang tak lalu dah. Kafein memang dielakkan terus bulan puasa. Sebabnya Mama rasa kafein mencepatkan rasa haus sepanjang hari.
Pastikan kurma ada yer untuk berbuka. Lagi bagus kurma itu ada bukan sahaja di bulan puasa namun di bulan-bulan lain juga. Mana tahu nak puasa sunat kan, bolehlah berbuka dengan kurma dahulu sebelum jamah benda lain. Boleh makan segala macam makanan yang anda mahu tapi pastikan kalori jangan melebihi keperluan harian anda. Jaga makan, ini kalau semua nak melantak tak hengat dunia memang jadi angan-angan jelah kurus tuh yer.
Ha, tips 11-14 ni memang best dan berguna sangat. Asyik makan dan makan jer tak jadi. At least buatla senaman sedikit untuk kesihatan. Jangan berlebih-lebih pulak. Ikut kemampuan diri. Lepas senaman itu, jom pekena Performance Drink untuk mengelakkan badan daripada dehidrasi. Itupun kalau bersenam malam la yer. Jangan buat-buat lupa bersenam pagi, haus, pastu togok air. No No No. Jaga adab masa berpuasa. 

Untuk perkongsian penuh, boleh download ebook percuma daripada Kevin Zahri anda di sini. Semoga dapat dimanfaatkan oleh kita bersama.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook