Happy Anniversary Sayang

June 26, 2015

5 tahun pertama Alhamdulillah. Nikmat yang tidak terhingga dan terus dipanjatkan syukur ke hadratNya kerana mengukuhkan hubungan kami suami isteri sehingga kini. Juga dikurniakan anugerah yang tidak ternilai puteri kesayangan kami, Nur Aisyah Radhiah terus mengutuhkan lagi hubungan kami suami isteri.

Alhamdulillah juga kerana kami masih dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan hidup dan kehidupan yang sederhana di bandar Bintulu ini cukup membuatkan kami bertiga bahagia.

Keputusan untuk meninggalkan alam pekerjaan untuk menetap bersama suami tidak sedikitpun terpalit dalam hati rasa menyesal. Yelah kan..hubungan pjj ni banyak juga dugaannya. Merasa sekejap selama 3 bulan. Cukupla kot. Hehe. Cuma bersyukur sebabnya Aisyah tak pernah sakit demam yang perlukan bermalam di hospital. Kalau tak tak tahulah cammana nak handle.

Kata orang 5 tahun pertama ni proses mengenali hati budi masing-masing. Hmm...betullah kot. Nasib baik la tak der beza sangat masa zaman berchenta dulu. Kenal pun kejap jer terus decided nak kahwin. Walaupun lamaran tu takderla ala2 keknis ngan captain kan. Kihkih..sebab tak macam tuh la bila diingat balik tak tahu macam mana kitaoorang decided untuk menghalalkan hubungan. Gitu pun boleh?
Hahhah.

Betullah kan bila dah jodoh memang semuanya smooth je. Tak derlah rasa susah giler nak mendirikan masjid ni. Ha, korang yang rasa dah jumpa pasangan yang serasi pas buat istikharah tuh tak payah buang masa lama-lama. InsyaAllah kehidupan lepas kahwin lebih indah. Percayalah. Jika asasnya kukuh, iman tetap dihati, tak payah risau. InsyaAllah semua akan dipermudahkan.

Akhir kata, doakan hubungan kami suami isteri terus diberkati olehNya dan kekal hingga ke jannah. Semoga kami terus dikurniakan kesihatan yang baik, kehidupan yang aman damai, ketetapan iman, dan dikurniakan rezeki anak lagi.

Love u husband 😄😄😄



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook