Epidural..perlukah?

July 06, 2015

Hangat dan viral di media sosial terutamanya facebook mengenai kisah epidural penyebab ibu lumpuh. Sedih bila baca kisah beliau. Namun sejauh mana kebenarannya. Wallahualam. Allah lebih mengetahui dan telah aturkan yang terbaik untuk hambaNya.

Mengimbau kembali saat di bilik bersalin 9 November 2012, rasanya beberapa kali nurse tanya nak ambil epidural ke tak. Sampai ke sudah cakap tak nak. Tengah sakit sakit pun my gynae pun tanya soalan yang sama. And still  jawapan nya tetap sama No...maknanya tetap No epidural.

Kononnya nak rasa sakit bersalin tuh la yer. Padahal kakak kakak ofis dah pesan jangan amek epidural nanti bila dah tua sakit belakang la. Tak tahu sejauh mana kebenarannya. Masa kelas pre natal pun doktor ada cakap epidural bukan penyebab sakit belakang. Banyak faktor lain penyumbang kepada sakit belakang contohnya postur duduk yang tak betul la, angkat benda berat la dan lain-lain. Ha, nak tahu detail kena konsult doktor anda. Doktor yang betul tau jangan pula doktor media sosial. Boleh baca sebagai panduan dan yang penting nak kepastian kena consult dengan yang pakar. Ha, nak ambik epidural ke tak..terpulang kepada anda ye. Jangan ikut orang.


Kihkih..kelakar pulak tengok gambar ni. Bukan apa, masa Aisyah dulu tak delah sampai nak cekik, pegang tangan je. Itupun rasa cam biasa. Suami pulak kata macam nak patah jari sebab tekan kuat sangat . Dengan cincin pulak tuh. Memang la sakit..hahaha. Sorry husband. Tak sedar tuh.

Last-last lepas tangan pegang besi katil. Baru thrill. Kahkahkah.. Itulah pengalaman Mama 2 tahun lepas. Ha, sesiapa nak share story anda. Dipersilakan .Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Jangan takut bersalin ye. Minta maaf dengan suami dan ibu bapa sebelum tuh. Jangan lupa. Itu yang penting.

Oklah dah hujung2 ramadhan ni, teruskan beribadah dan tingkatkan amalan sunat anda.

Assalamualaikum.

P/s,
Kurangkan dahaga di bulan yang mulia ini dengan bersahur dan berbuka denga  performance drink. Untuk anda terus bertenaga sepanjang hari.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook