Pecutan Terakhir Ramadhan

July 07, 2015

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah dan meningkatkan amalan sempena hari-hari terakhir ramadhan ini. Syukur sangat. Jangan pula kita terlalu leka dengan hal duniawi sehingga alpa untuk bermunajat kepadaNya. Yang penting kita senantiasa terus beruasaha untuk menjadi lebih baik daripada hari semalam.

 
InsyaAllah dengan istiqamah dalam beramal, kita akan terus-terusan beramal kepadaNya. Jangan bila nak pohon sesuatu , masa itu jugalah baru nak cari sejadah, bila bahagia, leka semuanya. Jangan begitu wahai sahabat. Ha bagi wanita-wanita yang haid dan nifas, jangan bimbang, walaupun kita diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa penuh di bulan yang mulia ini, InsyaAllah ganjarannya cukup besar seumpama orang yang berpuasa juga.
 Hari itu, masa mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias di corong radio, beliau berkata, para wanita walupun dalam keadaan uzur boleh juga bangun malam dan berzikir di malam-malam terakhir untuk sama-sama kita mengejar malam lalilatul qadar. Bangun malam untuk kejutkan suami dan anak-anak solat tahajud dan menyediakan sahur banyak pahala yang kita dapat. Basahkan bibir terus-terusan dengan zikir. Mana tahu, zikir dan amalan sunat lain yang kita buat membuatkan kita bertemu dengan malam seribu bulan. SubhanAllah. Allah Maha Besar.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan lebih baik. Diredhai olehNya dan terus di rahmati sepanjang kita masih bernafas di bumi ini.

Wallahualam.



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook