Hargailah Orang Tersayang

November 17, 2015

Semalam mendapat perkhabaran yang sungguh sungguh mengejutkan. Pemergian seorang sahabat Universiti Teknologi Malaysia Pahang, Allahyarhamah Lizawati binti Paiman. Secara peribadi memang tidak mengenali dia secara mendalam, cuma dalam masa 2 tahun kebekalakangan ini kami semua menjadi rapat walaupun  hanya  berkongsi cerita melalui whatsapp. Syukur ada teknologi begini yang memudahkan kita mengeratkan silaturrahim yang kalau dibiarkan terputus di tengah jalan. 

Arwah memang sangat periang seperti dulu juga masa kami menuntut lebih kurang 15 tahun yang lalu. Dia berada dalam satu kelompok rakan-rakan yang sangat happening,menceriakan lagi batch kami semasa di kuantan dulu. Bilangn pelajar yang tidak begitu ramai membolehkan kami mengenali antara satu sama lain. 

Tidak tahu cerita yang penuh, tapi dari perbualan rakan saya dengan kakak arwah menyataka dia telah koma sebelum menghembuskan nafas terakhir. Yang memilukan lagi, kami semua tidak tahu menahu mengenai kondisi arwah yang begitu tenat. Selalu kami semua buzz di dalam whatsapp mana liza, liza jawab, mana liza ni. Namun tidak ada jawapan. Memang semua tertanya-tanya tapi semua macam simpan kat dalam hati. Tak meluahkan di whatsapp. Sehinggalah semalam semuanya terbongkar. Jika tidak ada rakannya yang update di status fb arwah, kemungkinan besar kami semua masih tidak tahu mengenai pemergian arwah.

Arwah sangat tabah dan tidak menunjukkan tanda-tanda sedang sakit kepada semua. Sentiasa menceriakan kami di whatsapp, sabahat yang amat ambil berat pasal kami semua, terutama anak-anak. Sanggup pergi cari ubat kuning dari sensei dan pos kepada anak sahabat kami juga yang kebetulan menghidap kuning selepas dilahirkan. Tanpa meminta sebarang bayaran, hanya memerlukan doa dari kami. Sungguh buat kami terduduk. Kenapa dalam ramai-ramai, tak der yang perasan pun. Allahuakbar.

Ada juga private chat bersama arwah mengenai, supplement yang diambil beliau, iron, bcomplex dan lain-lain. Dan masa itu juga saya baru tahu beliau menghidap SLE. Tahap mana, wallahualam. Masa itu, memang arwah begitu merahsiakan tahap kritikal penyakitnya.  Sampai ke satu tahap, arwah minta saya bertanyakan mengenai 'kidney transplant' kepada adik saya yang kebetulan seorang doktor perubatan. Sampai ke tahap itu dan saya masih tidak menjangka itu adalah serius untuk arwah. Ingat saja-saja.

Huhu, apapun ini takdir yang kami perlu terima. Kami doakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kami sayang kamu.Tiada lagi gurau senda arwah di whatsapp. Sesungguhnya kami rindu....Hargailah orag tersayang selagi mereka masih bersama.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook