Lumrah Menjadi Manusia

November 06, 2015

Rasanya dah lama betul bersarang blog Mama ni kan. Hehe. Busy? Mungkin jugak. Ada banyak benda yang berlaku. Tak sempat nak meng'update' blog ni. Maafkan Mama yer kepada semua pembaca bitaminastore yang dirahmati Allah sekalian.

"Hidup kalau tidak mahu berbakti
Jangan menyusahkan orang"

Hmm....tak tahulah nak kata apa kan. Tetiba teringat kata-kata masa diluahkan kepada adik-adik Mama satu ketika dulu. Masa it kami berbicara mengenai masalah keluarga besar kami. Yelah mana ada manusia yang sempurna di dunia ini kan.

Cuma kita manusia diberi akal yang waras untuk berfikir dengan lebih berhemah lebih-lebih lagi bila umur dah bertambah-tambah ni kan. Ikut hati mati kan. Jadi, sebelum lakukan apa-apa tindakan fikir sedalam-dalam dulu kesannya. Fikir panjang. Jangan dek keputusan kita itu, boleh menyusahkan orang lain, dan yang lagi buruk menampakkan kita ni tidak amatlah tidak matang dikala usia yang sebegini.

Ha.. entah apa Mama merapu pagi-pagi ini kan. Kihkih.

Apapun moga menjadi pengajaran buat semua. Bersihkan hati anda, masukkan nilai-nilai murni dalam diri anda dan jangan lupa aplikasikannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, hidup akan terus diberkatiNya. Amin.

Salam Jumaat yer kepada semua.

Jangan lupa bacaan Surah Al-Kahf hari ini.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook