42km. Alhamdulillah You did it Husband!!!!!

May 05, 2016

Setelah 4 tahun bertungkus lumus berlari ke sana sini, masuk marathon dari fun run 3.7km sehinggalah ke garisan penamat full marathon, 42km. You did it husband. Bersungguh-sungguh training for the past 4 months.  Empat kali seminggu training without failed. Memang kami nampak betapa bersungguh-sungguh nya abah nak menamatkan penantian untuk menghabiskan larian sepanjang 42km. Memang banyak dugaan dan cabaran. Namun suamiku tetap jua cekalkan hati, tabahkan hati untuk habiskan larian.

Nak harapkan Mama lari, hahah memang tak delah sampai 42km. 21km pun rasanya memang tak akan. Yelah nak habiskan 42km memang kena training yang cukup, bukan sekadar lari je. Siapa yang sanggup nak lari pagi-pagi buta seawal 3 pagi semata-mata nak berlari. Haha, gigih sungguh. Maximum masa 7 jam untuk menamatkan larian untuk membolehkan anda mendapatkan medal dan finisher tshirst memang betol-betol i salute you

Tak apa, kami berdua akan tunggu abah kat garisan penamat. Bagi support yang semampu kami. :D..Kihkih..Alang-alang bercuti sekali la kan. But kawan-kawan semua, jangan harap la nak jalan-jalan lepas habis 42km tuh, memang bantai rehat serehat-rehatnya. Kami pun sama. Nasib baik kat hotel ada pool. Boleh gak petang lepak bawak aisyah. Bagi abah rehat. 

Buat suamiku tersayang, teruskan usaha untuk larian-larian yang seterusnya. All the best. Dan bagi sesiapa sahaja yang seangkatan dengannya, jangan cepat putus asa dengan apa yang anda lakukan. Teruskan usaha anda. Buat sampai JADI.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook