Selamat Hari Ibu

May 08, 2016

Kepada semua ibu gojes di luar sana, selamat hari ibu. Walau apa pun  pekerjaan anda, sememangnya anda adalah seorang ibu yang awesome. Ha gitew. Tak semua mampu menggalas amanah Allah denga baik, namun kita dah berusaha sedaya upaya ke arah itu. Mengimpikan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Sihat walafiat dan dirahmatiNya selalu hendaknya.

Kagum dengan kekuatan dan ketabahan ibu-ibu yang menanggung keperitan dek menjaga anak-anak yang sakit, anak-anak istimewa yang memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih, ibu tunggal bersama-sama anak-anak yang masih kecil. Macam-macam ragam dan pengalaman yang boleh kita ambik iktibar dan pengajaran daripada kisah-kisah di seluruh dunia. 

Kepada Puan Zaitong binti Awang, terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami semua. Semestinya penat lelah dan segala nasihat, ajaran yang telah diterapkan kepada kami 7 beradik sejak dari kecil tidak akan kami lupakan. Semoga Ma terus diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dipermudahkan untuk menjalankan ibadah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. We love you Ma. Maaf kalau ada terguris atau terkasar bahasa.

Selamat Hari Ibu.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook