Beranak Dalam Kereta, Depan Pintu Pagar Hospital

August 10, 2016

Hahaha..mesti mummy, ibu, mama, omma, mak , umi dan macam-macam lagi panggilan bagi insan yang bergelar ibu kan punyai pengalaman masing-masing semasa bertarung nyawa untuk mengeluarkan si kecil comel anda. Mama pun sama. Cuma hari ini Mama Aisyah nak kongsikan pengalaman biras Mama yang pengalaman bersalinnya mungkin agak berbeza dari kita semua.

Macam Aisyah Mama keluar spot darah sikit je masa mandi. Terus siap nak pergi kerja tapi bila kenangkan doktor cakap jika rasa benda pelik je terus pergi hospital. So , decided takpergi kerja terus saja ke hospital. Sampai je kat labor room, nurse check dah 3cm. So, bermulalah detik contraction masa itu sehinggalah Aisyah selamat dilahirkan pukul 12.10 tgh hari, jumaat, 9 November 2012. Sakit tak lama dan amat dipermudahkan olehNya. Alhmadulillah.

Yang biras Mama ni pulak, dah pecah air ketuban pukul 12 lebih, masih lagi boleh tidur kat bilik sebab ingatkan tak ada apa-apa. Yelah ingat apa sebenarnya sebab kandungan masa itu baru 7 bulan, 31 minggu. So, memang tak jangka la akan melahirkan anak dan dan tu jugak. Haha. Bila contraction dan makin kerap, memang terasa sakit lah, kebetulan kawan-kawan serumah masih ada (sebab dah nak balik raya, cuti sekolah) dia pergi kejut kawan serumah dia bangun. Sorang pun tak sedar sebab keduanya tidur lambat. Dah tak boleh tahan sangat, dia melutut depan bilik dan jerit. Baru kawan dia bangun.

Keluar bilik dah kenapa melutut ni. Bergegas semua bersiap terus ke hospital. Nak ke klinik kesihatan yang dekat rumah, memang taklah sebab kelengkapan tak ada sangat di Tatau, Bintulu. Decided ke Hospital Bintulu terus. Dalam 40 minit jugak tatau - bintulu. Nak di jadikan cerita banyak pulak lori malam tu, maka makin lambatlah nak sampai ke hospital. Jarang-jarang driving pagi-pagi buta kat jalan gelap itu, apa lgi , sekuat-kuatnya pasang ayat Al-Quran dalam kereta. Semoga selamat perjalanannya.

Sampai je di pintu pagar hospital dia terasa nak menaran, bila pegang kat bawah, katanya terasa keras. Terus kawan dia yang berada di kerusi hadapan melompat ke belakang nak tolong untuk sambut bayi. Sorang jadi driver, sorang jadi bidan terjun. Keduanya masih bujang dan Mama rasa memnag pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sekali teran terus bayi keluar. Ambik masa 5 minit juga nak sampai ke tempat Emergency. Sampai-sampai nurse potong tali pusat bayi depan-depan tuh jugak. Haih pengalaman sungguh. Kita yang dengar cerita nak tergelak pun ada, cuma Alhamdulillah semua dipermudahkan.

Baby pun dah 41 hari hari ini. Mak dan anak selamat, alhamdulillah. Lahir pra-matang jadi anak dan mak terpaksa di tahan di wad untuk pemantauan. 29 hari di wad. Dan alhamdulillah dah keluar wad minggu lepas dan dah balik semenanjung pun 3 ogos lepas. Lahir lebih kurang seminggu sebelum raya, terpaksalah maknya beraya di Sarawak, jadi anak Sarawak la baby.  Ayahnya yang bekerja kat Jepun pun terbang balik bersama-sama isteri dan anak tersayang beraya di hospital Tatau.

Itu jelah ceritanya. Saja mama nak share kat sini. Kepada Izzi Aqlan, Tysya doakan membesar menjadi anak yang soleh, taat kepada Mama dan Abah, berjaya di dunia dan akhirat dan hidup sentiasa dirahmati.



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook